CAMPUR KORBAN DAN AKIKAH

SOALAN INBOX:

Salam ustaz. sy nak tanya mengenai korban dan akikah. kalau lembu sekor boleh tak campur korban dan akikah?

JAWAPAN:

1) Menurut ulama mazhab Syafi’ie hukum akikah sama hukumnya dengan ibadah korban dari sudut kadar makan untuk ahli keluarga, pemberian atau hadiah, sedekah, tidak boleh dijual dan seumpamanya.

2) Berdasarkan hadith yang sahih seekor lembu boleh dipecahkan sebanyak 7 bahagian untuk dikongsi, begitu juga unta. Sepertimana yang disebut di dalam riwayat sahih Imam Muslim:

عن جابر بن عبد الله قال: نحرنا مع رسول الله صلى الله عليه وسلم عام الحديبية البدنة عن سبعة والبقرة عن سبعة.

Maksudnya: Sayyidina Jabi -radiyallahu ‘anhu- berkata, “kami melakukan ibadah korban bersama Rasulullah -sallallahu ‘alaihi wa sallam pada tahun Hudaibiah iaitu seekor untuk untuk tujuh (bahagian) dan seekor lembu untuk tujuh (bahagian)”.

3) Oleh kerana hukum akikah sama seperti ibadah korban maka menurut mazhab Syafi’ie dibolehkan percampuran antara 7 bahagian tersebut antara korban dan akikah. Tambahan pula satu bahagian itu diqiyaskan dengan seekor kambing. Hal ini dinyatakan oleh Imam Ibn Hajar al-Haitami di dalam ‘Fatawa fiqhiyyah Kubra’:

أما لو ذبح بدنة أو بقرة عن سبعة أسباب منها ضحية وعقيقة, والباقي كفارات في نحو الحلق في النسك, فيجزئ ذلك.

Maksudnya: “Manakala jika seseorang menyembelih seekor unta atau lembu untuk tujuh bahagian atas beberapa tujuan, antaranya korban dan akikah, manakala yang bakinya untuk kaffarah seperti bercukur ketika ibadah haji maka hukumnya sah.”

4) Manakala satu bahagian atau seekor digabungkan antara niat korban dan akikah merupakan khilaf antara Imam Ramli dan Imam Ibn Hajar. Menurut Imam Ibn Hajar jika digabungkan kedua-dua niat pada seekor kambing maka ia tidak sah kedua-duanya, sepertimana yang dinyatakan di kitab “Tuhfah al-Muhtaj”:

وظاهر كلام المتن والأصحاب أنه لو نوى بشاة الأضحية والعقيقة لم تحصل واحدة منهما وهو ظاهر ؛ لأن كلا منهما سنة مقصودة ولأن القصد بالأضحية الضيافة العامة ومن العقيقة الضيافة الخاصة ولأنهما يختلفان في مسائل

Maksudnya: Menurut zahir teks(matan minhaj) dan kata-kata ashab(ulama mazhab Syafi’ie) Jika seseorang berniat seekor kambing untuk korban dan akikah maka tidak sah satu pun dari kedua-duanya dan ini adalah yang nyata. Ini kerana setiap satunya merupakan ‘sunnah maqsudah’ dan kerana tujuan ibadah korban ialah diyafah(layanan) umum, manakala akikah diyafah khusus. Kedua-duanya berbeza dari sudut permasalahan-permasalahannya.

5) Berlainan pula Imam Ramli di dalam kitab “Nihayah al-Muhtaj” berbeza pendapat dengan Imam Ibn Hajar, kata beliau:

ولو نوى بالشاة المذبوحة الأضحية والعقيقة حصلا خلافا لمن زعم خلافه

Maksudnya: Jika seseorang itu berniat dengan seekor kambing yang disembelih dengan niat korban dan akikah maka mendapat ganjaran kedua-duanya, ia berlainan dengan sesiapa yang menyangka berlawanan dengan (pendapat) ini(iaitu tidak sah).

6) Menurut Imam Ramli jika satu bahagian atau seekor kambing digabungkan dua niat maka hukumnya sah dan dapat ganjaran kedua-duanya. Namun sepertimana menurut kaedah ganjaran yang diperolehi itu tidak sempurna berbanding dibuat berasingan. Oleh itu lebih afdal dibuat secara berasingan dan lebih menepati falsafah ibadah.

7) Apa pun ini perkara khilaf antara Imam Ramli dan Ibn Hajar iaitu dalam isu satu bahagian atau seekor kambing boleh digabungkan niat atau tidak, maka boleh memilih mana-mana pendapat yang dirasakan selesa. Namun lebih afdal diasingkan untuk keluar dari masalah khilaf.

8) Manakala tujuh bahagian lembu untuk dicampurkan antara korban dan akikah adalah diharuskan di dalam mazhab Syafi’ie. Ia tidak sama dengan satu bahagian atau seekor kambing digabungkan dua niat. Ini melibat bahagian-bahagian yang berbeza diniatkan dengan ibadah-ibadah yang berbeza.

Wallahu A’lam
Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Fiqh. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s