MINUM DENGAN BOTOL

SOALAN INBOX:

Assalamu alaikum ustaz. Betulkah nabi saw tak pernah minum air macam kita biasa minum pakai botol? Sebab ada org cakap minum cara macam tu nabi tak pernah buat.hanya pakai cawan.
.

JAWAPAN:

1) Sunnah Rasulullah -sallallahu ‘alaihi wa sallam- merupakan contoh yang terbaik iaitu gaya hidup baginda merupakan pedoman hidup di dunia demi kebahagiaan di akhirat. Setiap kata-kata baginda, perbuatan dan persetujuan baginda adalah melambangkan syariat di dalam Islam.

2) Namun pada zaman sekarang begitu ramai orang mengambil mudah mendakwa dakwi sesuatu yang dinisbahkan kepada Nabi -sallahu ‘alaihi wa sallam-. Sedangkan menisbahkan sesuatu perbuatan kepada baginda atau menafikannya memerlukan hujah yang terdiri dari hadith yang sahih.

3) Berbalik kepada soalan di atas, benarkah baginda tidak pernah minum sebegitu? Seperti yang sedia maklum bahawa alat yang menyimpan air yang dinamakan botol tidak wujud pada zaman baginda dan para sahabat. Namun tidak semestinya Rasulullah -sallallahu ‘alaihi wa sallam- tidak pernah minum cara begitu. Perlu diketahui, pada zaman dahulu wujud sebuah bejana untuk menyimpan air yang dinamakan ‘qirbah’ yang diperbuat dari kulit binatang ternak, ia terdapat muncung atau mulut untuk laluan keluar dan masuk air seperti botol.

4) Adakah benar Rasulullah -sallallahu ‘alaihi wa sallam- tidak pernah minum melalui mulut ‘qirbah’? Di sini saya suka lampirkan sepotong hadith yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dengan sanad yang sahih:

عن كبشة بنت ثابت رضي الله عنها قالت: “دخل عليّ رسول الله – صلى الله عليه وسلم – ذات يوم، فشرب من في قربة معلَّقة وهو قائم، قالت: فقطعت فم القربة”؛ أخرجه الترمذي، وقال هذا حديث حسن صحيح غريب

Maknanya: Sayyidah Kabsyah bintu Thabit Radiyallahu ‘anha meriwayatkan bahawa beliau berkata, “Suatu hari Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam ke dalam rumahku lalu beliau minum dari mulut qirbah(bekas minuman dari kulit) yang digantungkan sambil berdiri. Aku lantas menuju qirbah tersebut dan memotong mulut qirbah itu(untuk tujuan bertabarruk dengan kesan Nabi).”

5) Riwayat di atas jelas dan terang menunjukkan baginda pernah minum dengan cara hampir dengan cara yang dinamakan menogak botol. Namun ia tidak menafikan bahawa baginda juga minum melalui cawan seperti yang dinyatakan dalam riwayat yang lain.

6) Apa pun kedua-dua cara minum tersebut ada/thabit di dalam hadith-hadith yang sahih. Walaubagaimana pun kita perlu bijak untuk memilih antara kedua-dua cara mengikut kesuaian tempat dan tidak dinafikan minum melalui cawan atau gelas adalah lebih baik. Dalam masa yang sama juga tidak menafikan minum dengan botol adakala sesuai mengikut keadaan tertentu. Yang penting jangan MELABEL mereka yang minum dengan botol kononnya mereka ini tidak beradab sopan.
.

Wallahu A’lam
Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Hadith Nabawi. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s