DAGING KORBAN BUAT KENDURI KAHWIN

SOALAN INBOX:

Assalamualaikum ustaz. saya ada satu kemusykilan. boleh tak daging korban dibuat jamuan majlis kahwin?

JAWAPAN:

1) Menurut mazhab Syafi’ie, wajib sedekah daging korban sunat walaupun sedikit kepada fakir atau miskin, iaitu si pengorban tidak boleh makan atau ambil kesemuanya. Sebagai contoh purata berat seekor lembu ialah 70 – 80 kg, lalu 5 kg disedekahkan dan selebihnya dimakan sendiri, maka sah ibadah korbannya.

2) Daging yang diwajibkan sedekah kepada fakir atau miskin hendak lah dalam bentuk daging mentah, tidak boleh disedekahkan daging yang sudah dimasak. Sebagai contoh: 5 kg daging mentah disedekahkan kepada orang susah, manakala yang selebihnya dimasak dan dijamukan pada orang ramai. Hukum korban sebegini adalah harus dan sah.

3) Berdasarkan kaedah di atas, si pengorban diharuskan memasak daging korban untuk kenduri kahwin selagimana dia telah memperuntukkan sedikit daging korban mentah itu untuk disedekahkan kepada fakir atau miskin.

4) Menurut mazhab Syafi’ie juga, diharuskan dagingkan korban diberikan kepada orang kaya atau mereka yang bukan termasuk ketogari orang susah, namun wajib diperuntukkan walaupun sedikit daripada daging untuk disedekahkan kepada fakir atau miskin.

5) Apa pun yang lebih afdal diberikan kepada orang yang susah dan yang tidak susah kebanyakkan daging, iaitu pengorban hanya mengambil sedikit yang selebihnya diberikan pada orang lain dalam bentuk daging mentah dan basah.

Wallahu A’lam
Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s