GABUNG NIAT AKIKAH DAN KORBAN

SOALAN INBOX:

Salam.. mohon penjelasan dari yang mulia ustaz mengenai hukum korban dan akikah. boleh tak kalau saya buat akikah seekor dalam masa yang sama niat untuk korban juga? mcm gabung puasa sunat dengan puasa ganti.

JAWAPAN:

1) Isu ini merupakan perkara yang diperselisih oleh dua ulama besar mazhab Syafi’ie, iaitu Imam Ramli dan Imam Ibn Hajar al-Haitami -rahimahumallah-.

2) Menurut Imam Ramli dalam karangannya ‘Nihayah al-Muhtaj’, jika digabungkan niat akikah dan korban melalui seekor kambing atau satu bahagian maka hukum akikah dan korban sebegini adalah sah dan dapat pahala kedua-dua ibadah. Namun tidak sesempurna jika dilakukan secara asing.

3) Manakala Imam Ibn Hajar berlainan pendapat di dalam karangannya ‘Tuhfah al-Muhtaj’ bahawa jika digabungkan niat akikah dan korban pada seeokor kambing atau satu bahagian lembu atau unta, maka ia tidak sah sama sekali, begitu juga tidak sah salah satu dari kedua-duanya.

4) Kesimpulannya, isu khilaf di antara ulama maka terserah kepada individu untuk memilih mana-mana pendapat yang dirasakan selesa. Ada sebahagian tuan-tuan guru berpendapat, sesiapa yang kurang kemampuan maka dia boleh memilih pendapat Imam Ramli, manakala yang berkemampuan lebih, sebaiknya mengguna pakai pendapat Imam Ibn Hajar.

Wallahu A’lam
Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s