LEMBU KORBAN PATAH GIGI 

SOALAN INBOX:

Assalamualaikum ustz… boleh saya tanya pasal hukum qurban? ikut pengalaman saya tahun lepas qurban di surau saya. semasa nak tumbangkan lembu memang susah sebab lembu bertindak ganas sampai terlanggar tiang sampai mulut berdarah mcm patah gigi. Kalau lembu macam ni dikira ada kekurangan sebab macm tu?

JAWAPAN:

1) Salah satu syarat sah ibadah korban, binatang yang bakal dikorbankan mesti lah binatang yang sempurna tanpa ada kecacatan yang nyata dan mengurangkan daging.

2) Manakala binatang yang cacat tetapi tiada berkait rapat dengan kekurangan daging maka ia tidak memudaratkan keabsahan ibadah korban itu. Perkara ini dinyatakan oleh Imam al-Khatib al-Syirbini di dalam karangannya “Mughni al-Muhtaj”:

ولا يضر ذهاب بعض الأسنان؛ لأنه لا يؤثر في الاعتلاف ونقص اللحم، فلو ذهب الكل ضر؛ لأنه يؤثر في ذلك

Maksudnya: “Jika hilang sebahagian gigi (binatang korban) tidak memudaratkan, ini kerana ia tidak memberi kesan kepada pemakanan dan kekurangan daging, namun jika hilang keseluruhannya maka ia memudaratkan, ini disebabkan ia memberi kesan kepadanya.”

3) Menurut kenyataan Imam a-Syirbini di atas, jika binatang korban sediakala cacat pada sebahagian giginya maka ia tidak memudaratkan ibadah korban. Namun jika ia cacat sehingga tiada satu gigi pun ini menjadikan binatang itu sukar untuk makan dan menyebabkan daging akan berkurangan kerana kekurangan gizi.

4) Berbalik kepada persoalan di atas, binatang korban yang dimaksudkan telah patah gigi disebabkan kemalangan maka ia tidak memudaratkan, ini kerana ia tidak melibatkan kekurangan daging pada lembu itu. Korban binatang sebegini adalah sah.

Wallahu A’lam
Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Fiqh. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s