GADIS PERAWAN & ANAK SUSUAN

Salam ustaz…
saya nak tanya tapi agak personal sikit. Saya ni wanita yang belum berkahwin, tapi saya bercadang nak ambil anak angkat perempuan. boleh tak saya ambil suntikan hormon untuk hasilkan susu kemudian saya susukan bayi tu jadi anak susuan saya. Mana tahu nanti satu hari saya berkahwin, suami saya tu dikira macamana nanti adakah dikira jugak macam bapa susuan kepada anak susuan saya?

JAWAPAN:
1) Dalam kitab “Mausu’ah Fiqhiyyah Kuwaitiyyah” menyatakan bahawa majoriti mazhab termasuk mazhab syafi’ie mengharuskan gadis perawan yang terhasil susu menyusukan bayi yang belum cukup 2 tahun qamariyyah, maka anak itu menjadi anak susuannya. Dalam hal ini mazhab Hanbali menyatakan tidak menjadi mahram.

2) Jadi saudari diharuskan menyusukan seseorang bayi yang kurang dari 2 tahun usianya dan pastikan susuan itu berlaku sebanyak 5 kali dengan susu badan saudari, maka baru lah dikira bayi itu sebagai anak susuan saudari walaupun saudari belum pernah berkahwin dan mengandung. Oleh itu juga, saudari boleh mengambil ubat atau suntikan untuk menghasilkan susu.

3) Jika saudari berkahwin setelah itu, maka suami saudari tidak dikira sebagai bapa susuan kepada anak susuan saudari. Ini adalah yang dimuktamadkan di dalam mazhab Syafi’ie, seperti yang dinyatakan oleh Imam al-Khatib al-Syirbini dalam karyanya “Mughni al-Muhtaj”:

تنبيه قضية كلام المصنف أنه لو ثار للمرأة لبن قبل أن يصيبها الزواج أو بعد الإصابة ولم تحبل ثبوت حرمة الرضاع في حقها دون الزوج.

Maksudnya: “Menurut kata-kata pengarang(Imam Nawawi dalam matan Minhaj) bahawa jika seorang wanita keluar susu sebelum disetubuhi oleh suaminya atau setelah persetubuhan namun dia tidak hamil, maka menjadi mahram kepada wanita itu dan tidak pada suaminya”.

4) Ini kerana seorang lelaki itu dikira sebagai bapa susuan bagi seorang bayi yang mana susu yang terhasil pada ibu susuannya adalah hasil hubungan intim dengan suami si ibu.

5) Walaupun begitu suami saudara nanti dikira sebagai bapa tiri susuan. Jadi apabila telah baligh anak susuan itu boleh membuka tudung di hadapan suami saudari nanti. Maka di sini anak itu menjadi mahram kepada suami saudari dengan syarat suami saudari telah menyetubuhi saudari sebagai isteri.

5) Jika tidak berlaku perserubuhan maka tidak dikira hubungan mahram antara kedua-duanya. Sekiranya berlaku penceraian sebelum adanya persetubuhan maka bekas suami boleh menikahi anak susuan saudari.

6) Ada beberapa perbezaan hukum antara bapa susuan dan bapa tiri susuan. Antaranya adik beradik bapa susuan juga dikira sebagai mahram, manakala adik beradik bapa tiri susuan tidak dikira sebagai mahram.

Wallahu A’lam
Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Fiqh. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s