SYARAT TAKBIRATUL IHRAM, QIYAM & RUKUK

SOALAN WHATSAPP:

As-salam ust..
Mohon pencerahan.. Sy masbuk, masa tu sy nak berimam dgn org solat, apabila sy takbir dia terus rukuk dan sy juga takbir dan terus rukuk bersamanya tanpa berdiri dgn betul. Persoalan apakah perbuatan sy itu betul atau sy mesti berdiri dgn betul sekadar tasbih dahulu baru sy rukuk mengikut imam.. Mohon pencerahan.

JAWAPAN:

1) Takbiratul Ihram merupakan salah satu rukun solat tanpanya maka solat tidak sah. Iaitu wajib melafazkan “Allahu Akbar” dengan lafaz yang sempurna sehingga didengari oleh diri sendiri dan tidak boleh kurang walaupun satu huruf. Yang penting juga ia dilafazkan dalam keadaan qiyam(berdiri).

2) Dalam kitab “Umdatus Salik” menjelaskan tentang syarat perlaksanaan Takbiratul Ihram mesti disebut sepenuhnya dalam keadaan qiyam(berdiri), tidak boleh kurang walaupun satu huruf:

ﻭﻳﺸﺘﺮﻁ ﺃﻥ ﻳﻜﺒﺮ ﻗﺎﺋﻤﺎ ﻓﻲ اﻟﻔﺮﺽ، ﻓﺈﻥ ﻭﻗﻊ ﻣﻨﻪ ﺣﺮﻑ ﻓﻲ ﻏﻴﺮ اﻟﻘﻴﺎﻡ ﻟﻢ ﺗﻨﻌﻘﺪ ﻓﺮﺿﺎ.

Maksudnya: “Disyaratkan seseorang itu bertakbir dalam keadaan berdiri(qiyam) pada solat fardu, jika salah satu huruf(takbir) disebut dalam keadaan tidak berdiri maka kefarduan itu tidak sah”.

3) Maksud qiyam(berdiri) atau syaratnya ada dijelaskan di dalam kitab-kitab fiqh antara kitab “al-Iqna”:

ﻭﺷﺮﻁ اﻟﻘﻴﺎﻡ ﻧﺼﺐ ﻇﻬﺮ اﻟﻤﺼﻠﻲ ﻷﻥ اﺳﻢ اﻟﻘﻴﺎﻡ ﺩاﺋﺮ ﻣﻌﻪ ﻓﺈﻥ ﻭﻗﻒ ﻣﻨﺤﻨﻴﺎ ﺇﻟﻰ ﻗﺪاﻣﻪ ﺃﻭ ﺧﻠﻔﻪ ﺃﻭ ﻣﺎﺋﻼ ﺇﻟﻰ ﻳﻤﻴﻨﻪ ﺃﻭ ﻳﺴﺎﺭﻩ ﺑﺤﻴﺚ ﻻ ﻳﺴﻤﻰ ﻗﺎﺋﻤﺎ ﻟﻢ ﻳﺼﺢ ﻗﻴﺎﻣﻪ ﻟﺘﺮﻛﻪ اﻟﻮاﺟﺐ ﺑﻼ ﻋﺬﺭ.

Maksudnya: “Syarat qiyam adalah menegakkan tulang belakang bagi orang yang bersolat kerana nama qiyam berlegar padanya. Jika seseorang itu berdiri dalam keadaan membongkok ke depan atau belakang atau condong ke kanan atau ke kiri yang mana ia tidak dinamakan qiyam(berdiri), maka tidak sah qiyamnya kerana dia meninggalkan yang wajib tanpa keuzuran”.

4) Berbalik kepada soalan di atas, wajib seseorang itu bertakbir dalam keadaan berdiri sebelum rukuk bersama imam, iaitu dia wajib bertakbiratul ihram dahulu kemudian diikuti dengan takbir untuk rukuk. Jika bertakbir sambil melakukan rukuk maka solatnya tidak sah.

5) Jika seseorang bertakbir dalam keadaan tidak sempurna qiyamnya maka tidak sah solatnya. Sebagai contoh: Sebahagian takbir dalam keadaan qiyam manakala sebahagian lagi dalam keadaan badan membongkok. Keadaan ini tidak mengabsahkan solat.

6) Syarat untuk mendapatkan rakaat bersama imam, makmum mestilah rukuk bersama-sama imam sekurang-kurangnya kadar toma’ninah iaitu kadar bacaan “subhanallah” yang sederhana, tidak terlalu cepat. Jika kurang dari kadar toma’ninah bermakna makmum tidak mendapat rakaat itu bersama maka wajib menambah satu lagi rakaat.

Wallahu A’lam
Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Fiqh. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s