NIAT SALAM DALAM SOLAT

SOALAN WHATSAPP:

Assalamualaikum
nak tanya.. selepas kita ber solat..
kita beri salam kan…kepada siapakah kita berikan salam itu semasa solat?

JAWAPAN

1) Ketika memberi salam di dalam solat, kita disunat berniat memberi salam kepada sesiapa yang berada di kiri atau di kanan kita, samaada dari kalangan malaikat, manusia dan jin.

2) Fakta ini ada dinyatakan oleh Imam Nawawi -rahimahullah- di dalam kitab Minhaj al-Tolibin:

وأكمله السلام عليكم ورحمة الله مرتين يمينا وشمالا ملتفتا في الأولى حتى يرى خده الأيمن وفي الثانية الأيسر ناويا السلام على من عن يمينه ويساره من ملائكة وإنس وجن وينوي الإمام السلام على المقتدين وهم الرد عليه.

Maksudnya: Salam yang paling sempurna adalah “Assalamu ‘alaikum warahmatullah” sebanyak dua kali, kiri dan kanan, iaitu dalam keadaan menoleh untuk (salam) yang pertama sehingga kelihatan pipi kanannya. Manakala untuk (salam) yang kedua (sehingga menampakkan pipi) kirinya sambil berniat memberi salam kepada sesiapa di kanan dan kirinya samaada dari kalangan malaikat, manusia dan jin. Imam berniat salam ke atas para makmum dan mereka (para makmum) membalas salam ke atasnya(di dalam hati).
3) Perkara ini tercatat di dalam hadith yang diriwayatkan oleh Saidina Ali bin Abu Tolib -radiyallahu ‘anhu-:

كان النبي صلى الله عليه وسلم يصلي قبل العصر أربع ركعات, يفصل بينهن بالتسليم على الملائكة المقربين, ومن تبعهم من المسلمين والمؤمنين. -رواه الترميذي-

Maksudnya: Nabi -sallallahu ‘alaihi wa sallam- sering solat (sunat) sebelum (fardu) Asar sebanyak 4 rakaat, iaitu memisahkan antaranya dengan salam ke atas para malaikat muqarrabin dan sesiapa yang bersama mereka dari kalangan muslim dan mukmin. (Hadith riwayat Imam Tirmizi)

Wallahu A’lam
Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s