BACA FATIHAH SERENTAK IMAM

SOALAN DARI FB:

Soalannya..nak kena tunggu imam habis baca Faatihah dulu atau boleh kita baca Faatihah sambil imam baca Faatihah jugak? Esp kita tau imam baca surah pendek, nnt x sempat habis kalau tggu imam habis bc Faatihah..

JAWAPAN:

1) Dalam solat berjemaah disunatkan makmum membaca al-Fatihah SELEPAS imam habis membaca al-Fatihah iaitu mendengar dan menghayati bacaan imam dahulu. Ini bertepatan dengan firman Allah Ta’ala di dalam surah al-A’raf ayat 204:

وَإِذَا قُرِىءَ ٱلْقُرْآنُ فَٱسْتَمِعُواْ لَهُ وَأَنصِتُواْ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

Maksudnya: “Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.”

2) Walaubagaiama pun apabila seseorang makmum bertindak membaca al-Fatihah serentak bersama imam, perbuatan ini tidak membatalkan solat. Perkara ini dijelaskan di dalam kitab “Fathul ‘Allam bi Syarh Mursyid al-Anam” (Rujuk dalam bab حكم المقارنة بالركن القولي).

3) Begitu juga jika makmum membaca al-Fatihah sebelum imam membaca al-Fatihah maka perbuatan ini juga tidak membatalkan solat. Perkara ini ada dinyatakan di dalam kitab “Fathul Mu’in”:

ﻭﺇﻥ ﺳﺒﻘﻪ ﺑﺎﻟﻔﺎﺗﺤﺔ ﺃﻭ اﻟﺘﺸﻬﺪ ﺑﺄﻥ ﻓﺮﻍ ﻣﻦ ﺃﺣﺪﻫﻤﺎ ﻗﺒﻞ ﺷﺮﻭﻉ اﻹﻣﺎﻡ ﻓﻴﻪ ﻟﻢ ﻳﻀﺮ

Maksudnya: “Jika makmum mendahului Imam dengan bacaan al-Fatihah atau tasyahhud yang mana menghabiskan bacaan salah satu dari keduanya sebelum imam memulakan bacaan itu, maka ia tidak memudaratkan.”

3) Namun kedua-dua perbuatan yang di atas adalah perbuatan yang kurang bertepatan dengan sunnah. Seeloknya makmum perlu menunggu imam menghabiskan bacaan imam dahulu sebelum memulakan fatihah.

4) Lagipun apabila makmum menunggu imam menghabiskan al-Fatihah sambil menghayati bacaan itu, makmum akan mendapat pahala yang berganda iaitu pahala mendengar bacaan imam dan pahala membaca al-Fatihah setelah imam membacanya. Pahala berganda ini tidak akan diperolehi apabila makmum membaca al-Fatihah serentak dengan imam.

5) Berkenaan dengan masalah tidak sempat menghabiskan al-Fatihah kerana imam sudah rukuk, Boleh rujuk artikel saya di bawah ini.

https://aburuqayya.wordpress.com/…/wajib-lengkapkan-al-fat…/

Wallahu A’lam
Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Fiqh. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s