TUKAR NAZAR

SOALAN WHATSAPP:

Assalamualaikum ust..maaf mengganggu ust..saya __________ ..saya nk tanya..jika saya bernazar untuk menderma kepada masjid..bolehkah nazar itu saya gntikan dengan menderma kearah lain sperti mnderma ke sekolah/rumah2 kebajikan/golongn asnaf..terima kasih ust

JAWAPAN:

1) Sesiapa yang bernazar kerana Allah untuk melakukan sesuatu ketaatan maka wajib dia tunaikan. Berdasarkan sepotong hadith Nabi –sallallahu ‘alaihi wa sallam- bahawa baginda bersabda:

مَنْ نَذَرَ أَنْ يُطِيعَ اللَّهَ فَلْيُطِعْهُ

Maksdunya: “Sesiapa yang bernazar untuk taat pada Allah, maka penuhilah nazar tersebut.” (Riwayat Imam Bukhari)

2) Menurut mazhab Syafi’ie, apabila seseorang bernazar untuk melakukan kebaikan kerana Allah dan nazarnya itu ditentukan untuk diberikan kepada seseorang, maka wajib dilaksanakan dan tidak boleh ditukar apa yang telah ditetapkan. Sebagai contoh: Ali bernazar ingin memberi sedekah kepada Ahmad, oleh itu Ali tidak boleh menukar pemberian nazarnya pada orang lain.

3) Permasalahan ini ada dinyatakan oleh Imam Nawawi di dalam kitab ‘al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab’:

لو قال إن شفى الله مريضي فلله علي أن أتصدق على ولد زيد أو على زيد وزيد موسر لزمه الوفاء لأن الصدقة على الغني جائزة وقربة

Maksudnya: “Jika seseorang berkata, ‘Jika Allah menyembuhkan pesakitku maka demi Allah aku mesti bersedekah pada anak Zaid atau Zaid’, sedangkan zaid adalah orang yang senang(bukan miskin), maka dia mesti menunaikannya (pada zaid). Ini kerana sedekah kepada orang kaya adalah harus dan merupakan qurbah(ibadah yang mendekatkan diri pada Allah)”

4) Berdasarkan kenyataan Imam Nawawi di atas jelas tidak boleh menukar sesuatu nazar yang telah ditetapkan pada ketetapan yang lain. Oleh itu jika saudari sudah bernazar untuk derma kepada masjid maka wajib ditunaikan derma itu pada masjid dan tidak boleh disalurkan pada institusi-institusi yang lain.

5) Selagimana tidak ditetapkan masjid tertentu ketika melafazkan nazar maka saudari berhak untuk mendermakan wang atau harta pada mana-mana masjid yang dirasakan perlu dan dikehendaki. Namun disyorkan agar diberikan pada masjid yang lebih memerlukan.

Wallahu A’lam
Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Fiqh. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s