DICERAIKAN KETIKA NIFAS

SOALAN INBOX:

Assalamuaikum ustaz. Saya ada kemuskilan mengenai kiraan eddah. Harap usyaz boleh tolong saya. Sy nk tahu mcm mane kiraan utk eddah bagi pkahwinan yang di faraqkan mase prmpuan tu dlm keadaan nifas.

JAWAPAN:

1) Perlu diketahui bahawa hukum seorang suami mentalakkan isteri dalam keadaan tidak suci samaada haid atau nifas adalah haram dan berdosa bagi si suami. Namun talak sebegini tetap jatuh menurut majoriti ulama termasuk mazhab Syafi’ie walaupun ia termasuk ketogari talak bidaah.

2) Iddah bagi wanita yang diceraikan oleh suami dan pernah disetubuhi oleh suaminya tetapi tidak mengandung, maka iddahnya adalah 3 kali suci daripada haid seperti yang dijelaskan di dalam surah al-Baqarah, ayat 228.

3) Menjawab persoalan di atas, wanita yang diceraikan ketika dalam keadaan nifas maka iddahnya ialah tiga kali suci daripada haid, di mana dia perlu menunggu terputusnya darah nifas kemudian selepas tunggu haid yang baharu datang, setelah suci dari haid yang pertama selepas nifas maka baru lah dikira suci dari haid pertama dan perlu tunggu berbaki 2 lagi suci.

4) Suci dari nifas tersebut tidak dikira sebagai suci yang pertama. Sepertimana wanita yang ditalakkan ketika haid maka suci dari haid tersebut tidak dikira sebagai mulanya tempoh iddah. Perkara ini ada dinyatakan oleh Imam Syamsuddin al-Ramli di dalam Syarh Matan Zubad:

وبقية الحيض والنفاس لا تحسب من العدة

Maksudnya: “Haid dan nifas yang berbaki tidak dikira sebahagian dari iddah”.

5) Melainkan wanita yang ditalak sebelum datangnya haid maka selepas itu haid pun tiba maka dikira sebagai tempoh bermulanya iddah. Begitu juga wanita yang melahirkan anak tanpa mengeluar setitik darah nifas kemudian ditalak oleh suami maka tidak lama selepas itu keluarnya darah nifas maka nifas itu juga dikira sebagai tempoh bermulanya iddah iaitu sucinya dari nifas itu bermakna dia telah melepasi suci yang pertama.

Wallahu A’lam
Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Fiqh and tagged , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s