SOLAT TAMAM + SOLAT QASAR

SOALAN INBOX:

Salam ustaz..saya tertarik dengan kupasan ustz tentang solat jamak dan qosar..alhamdulillah banyak menjwb kemusykilan. saya ada satu soalan yg saya selalu confuse..kalau saya masuk masjid kemudian solat zohor 4 rakaat bersama jemaah bermukim lepas tu bangung buat qasar solat asar 2 rakaat. boleh kah buat macam tu?
.

JAWAPAN:

1) Solat qasar yang ingin didirikan tidak disyaratkan mesti dijamakkan dengan solat yang lain. Iaitu solat qasar boleh dilakukan pada setiap waktu solat 4 rakaat. contoh: apabila zohor masuk maka berhenti untuk solat zohor 2 rakaat sahaja tanpa jamak taqdim, begitu juga apabila masuk solat asar tanpa jamak ta’khir.

2) Begitu juga apabila 2 solat yang dijamakkan maka tidak disyaratkan kedua-duanya harus qasar apabila salah satunya diqasarkan. Begitu juga apabila salah satunya ditamamkan(lengkap 4 rakaat) maka solat yang kedua juga tidak semestinya wajib ditamamkan.

3) Maka diharuskan seseorang itu mencampurkan 2 solat yang dijamakkan iaitu salah satunya tamam(4 rakaat) dan satu lagi diqasarkan seperti contoh yang disebut dalam soalan di atas. Fakta ini ada disebutkan oleh Imam Ba ‘Alawi di dalam karyanya “Bughyah al-Mustarsyidin”:

وإذا اقتدى بمتمّ لزمه الإتمام في تلك الصلاة لا فيما بعدها وإن جمعها تقديما أو تأخيرا

Maksudnya: “Apabila seseorang mengikuti(menjadi makmum) orang yang bersolat secara tamam maka dia mestilah(wajib) mentamamkan solat itu tetapi TIDAK (WAJIB) pada (solat) selepasnya, meskipun dia melakukan jamak taqdim atau ta’khir”.
.

Wallahu A’lam
Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Fiqh. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s