TIDAK IKUT IMAM SUJUD TILAWAH

SOALAN INBOX:

Salam ust, Nak bertanya.. Apakah hukum solat jika kita ikut imam, tapi ketika imam sujud sajadah, makmum tk ikut sujud DENGAN SENGAJA..adakah batal solat?Mohon pencerahan..

JAWAPAN:

1) Antara syarat sah solat berjemaah makmum wajib mengikuti perbuatan imam di dalam solat. Ini berdasarkan hadith Rasulullah -sallallahu ‘alaihi wa sallam- bahawa Baginda bersabda:

إِنَّمَا جُعِلَ الْإِمَامُ لِيُؤْتَمَّ بِهِ فَإِذَا كَبَّرَ فَكَبِّرُوا وَلَا تُكَبِّرُوا حَتَّى يُكَبِّرَ وَإِذَا رَكَعَ فَارْكَعُوا وَلَا تَرْكَعُوا حَتَّى يَرْكَعَ وَإِذَا قَالَ سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ فَقُولُوا اللَّهُمَّ رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ وَإِذَا سَجَدَ فَاسْجُدُوا وَلَا تَسْجُدُوا حَتَّى يَسْجُدَ

Maksudnya: ““Sesungguhnya imam hanya untuk diikuti. Apabila dia bertakbir, maka bertakbirlah dan kamu jangan bertakbir sehinggalah dia bertakbir. Apabila ia rukuk, maka rukuklah dan kamu jangan rukuk sehingga dia rukuk. Apabila dia mengatakan “sami’allahu liman hamidah”, maka katakanlah “Rabbana walakal hamdu”. Apabila dia sujud, maka sujudlah, dan kamu jangan sujud sehingga dia sujud.” (Hadith Riwayat Imam Abu Daud)

2) Selain dari rukun solat seperti rukuk, iktidal dan dua sujud pada setiap rakaat, makmum juga wajib mengikuti imam pada sujud yang sunat iaitu sujud tilawah. Perkara ini dinyatakan oleh Imam Nawawwi di dalam ‘al-Majmuk’, bab Sujud Tilawah:

وإذا سجد الإمام لزم المأموم السجود معه فإن لم يسجد بطلت صلاته بلا خلاف لتخلفه عن الإمام ولو لم يسجد الإمام لم يسجد المأموم فإن خالف وسجد بطلت صلاته بلا خلاف

Maksudnya: “Apabila imam sujud (tilawah) maka makmum mesti sujud bersamanya, jika dia tidak sujud (bersama imam) maka batal solatnya tanpa khilaf (di kalangan para ulama) kerana dia bercanggah dari (perbuatan) imam. Jika imam tidak sujud maka makmum juga tidak (perlu) sujud, jika dia menyelisihi (imam) dan sujud maka batal solatnya tanpa khilaf”.

3) Jelas seperti apa yang dinyatakan oleh Imam Nawawi bahawa makmum wajib mengikuti imam yang bersujud tilawah, jika diikuti dengan sengaja tidak maka batal solatnya. Begitu juga jika imam membaca ayat tilawah namun tidak sujud, maka makmum juga tidak boleh sujud kerana imam tidak sujud, jika sujud maka batal solatnya.

Wallahu A’lam
Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Fiqh. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s