BOLEHKAH TINGGAL SERUMAH DALAM TEMPOH IDDAH?

SOALAN DARI WHATSAPP

Assalamualaikum ustz.. maaf gnggu.. hmm sye cme nk tye.. kalau suami istri dh bercerai, bekas istri masih lagi dalam tempoh iddah, still boleh lg kan duduk sebumbung dlm rmh yg sme? Pstu aurat mereka cmne ek? Mereka kne jge aurat atau x perlu?

JAWAPAN:

1) Wanita yang diceraikan oleh suami dengan talak raj’ie iaitu talak satu dan dua yang mana boleh dirujuk oleh suaminya selagimana dalam tempoh iddah. Meskipun si isteri dalam tempoh yang mengharuskan untuk dirujuk tanpa akad nikah yang baru, namun mereka bukan lagi hidup sebagai suami isteri sehinggalah berlaku proses rujuk. Oleh itu hukumnya sama seperti antara lelaki bersama wanita ajnabi.

2) Dalam tempoh iddah suami wajib menyediakan tempat tinggal untuk bekas isteri yang ditalakkan sepertimana firman Allah Ta’ala di dalam surah al-Talaq, ayat 6:

أَسْكِنُوهُنَّ مِنْ حَيْثُ سَكَنتُم مِّن وُجْدِكُمْ

Maksudnya: “Tempatkan lah isteri-isteri (yang menjalani iddah) itu di tempat kediaman sesuai dengan kemampuan kamu.”

3) Selain itu juga bekas suami wajib menyediakan makan dan minum untuk bekas isterinya selagimana dalam tempoh iddah sepertimana dia wajib menanggung tempat tinggal semampunya.

4) Menurut mazhab Imam Syafi’ie, bekas suami tidak boleh melihat aurat bekas isterinya dalam tempoh iddah meskipun talaq yang dijatuhkan adalah talaq raj’ie yang mengharuskan rujuk semula. Fakta ini ada disebutkan di dalam kitab “Nihayah al-Zein”:

ويحرم اﻻﺳﺘﻤﺘﺎﻉ ﺑﺎﻟﺮﺟﻌﻴﺔ ﻭﻟﻮ ﺑﻤﺠﺮﺩ اﻟﻨﻈﺮ ﻷﻥ اﻟﻨﻜﺎﺡ ﻳﺒﻴﺤﻪ ﻓﻴﺤﺮﻣﻪ اﻟﻄﻼﻕ ﻷﻧﻪ ﺿﺪﻩ

Maksudnya: “Haram bersenang-senang dengan bekas isteri yang ditalaq raj’ie, walaupun hanya sekadar melihat (auratnya). Ini kerana pernikahan yang mengharuskan ia(bersenang-senang dan melihat aurat) manakala talaq mengharamkan ia disebabkan ia bertentangan dengannya”.

5) Kitab “Mausu’ah Fiqhiyyah Kuwaitiyyah” telah menukilkan pandangan ulama dari mazhab terutamanya mazhab Syafi’ie dan Maliki tentang isu ini:

فالطلاق رفع لحل النكاح ومقدماته, فلا يجوز الدخول عليها أو الأكل معها أو لمسها أو النظر إليها, بل يجب عليه الخروج من المسكن, إلا إذا كانت الدار واسعة ومعها محرم مميز يستحي منه ويكون بصيرا.

Maksudnya: “Maka talaq mengangkat untuk apa yang menghalalkan nikah dan permulaan-permulaannya, oleh itu tidak boleh (bekas suami) menyetubuhinya(bekas isteri), atau makan bersamanya, atau menyentuhnya, atau melihatnya (aurat). Bahkan si suami wajib keluar dari rumah, melainkan di dalam rumah yang luas dan bersamanya(bekas isteri) anak yang mumayyiz yang mana dia berasa malu (untuk melakukan maksiat) dan menjadi pemerhati”.

6) Apa yang dinyatakan di atas, suami isteri yang telah bercerai maka mereka tidak boleh duduk serumah melainkan si bekas isteri itu ada mahram yang tinggal bersama di dalam rumah suaminya seperti anak lelaki yang mumayyiz. Bahkan jika si suami tidak mampu menyediakan tempat tinggal untuk bekas isteri dalam tempoh iddah, maka bekas suami wajib keluar dari rumah untuk memberi laluan kepada bekas isteri kerana itu adalah tanggungjawabnya selama mana iddah masih berjalan. Apabila telah tamat iddah suami tidak wajib lagi menanggung segala keperluan bekas isterinya, maka si isteri haruslah keluar dari rumah bekas suaminya.

8) Apa pun, jalan yang terbaik, setiap permasalahan nikah, cerai dan talaq perlu dirujuk pada mahkamah syariah negeri masing-masing atau wilayah persekutuan.

9) Tentang jenis-jenis talaq dan iddah boleh rujuk pada artikel-artikel saya pada link di bawah ini. Manakala tentang proses rujuk menurut ilmu fiqh, belum ada lagi artikel dikeluarkan(sebab tak de orang tanya setakat ini🙂 ), insya Allah akan menyusul.

Jenis-jenis talak dan iddah
https://aburuqayya.wordpress.com/2016/02/02/jenis-jenis-talak-iddah/

Iddah wanita yang haid tidak menentu
https://aburuqayya.wordpress.com/2015/12/14/iddah-wanita-yang-haid-tidak-menentu/

Wanita diceraikan ketika nifas
https://aburuqayya.wordpress.com/2016/10/15/diceraikan-ketika-nifas/

Wallahu A’lam
Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Fiqh. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s