MASBUK SAMBUNG IKUT MASBUK

SOALAN:

Salam ustaz. semoga ustaz sihat dan sejahtera. saya nak tanya tentang solat jemaah yang masbuk. boleh tak kalau masbuk sambung ikut masbuk yang lain?

Maaf, boleh bagi contoh? takut saya salah faham.

Maaf ustaz sbb soalan krg jelas.. macam ni.. ada tiga orang masbuk lps imam bagi salam tiga org yg masbuk ni pun bangun lps tu salah seorang dari mereka jadi imam pula.

JAWAPAN:

1) Solat jemaah seperti ini boleh diistilahkan sebagai solat masbuk berantai yang mana para masbuk mengambil inisiatif untuk melengkapkan rakaat mereka yang tertinggal agar lebih sempurna jemaahnya dari sudut pahala.

2) Menurut pendapat yang muktamad di dalam mazhab Syafi’ie solat berjemaah seperti ini adalah sah namun hukumnya makruh. Fakta ini ada di sebut di dalam kitab “Tuhfah al-Muhtaj” dan “Nihayah al-Muhtaj” dengan lafaz Imam Ibn Hajar:

سلم الإمام فقام مسبوق فاقتدى به آخر أو مسبوقون فاقتدى بعضهم ببعض فتصح في غير الجمعة في الثانية على المعتمد لكن مع الكراهة.

Maksudnya: “Apabila imam memberi salam, lalu (orang yang masbuk) mengikuti orang lain(yang bersolat) atau mengikuti sesama mereka(masbuk dengan masbuk), maka solatnya sah kecuali solat Jumaat pada rakaat kedua menurut pendapat yang muktamad tetapi beserta makruh”.

3) Malah solat jemaah cara begini adalah sangat merugikan kerana luput pahala jemaahnya. Perkara ini ada dinyatakan di dalam kitab “Bughyah Mustarsyidin”:

سلم الإمام فقام مسبوق فاقتدى به آخر أو مسبوقون فاقتدى بعضهم ببعض فتصح في غير الجمعة مع الكراهة المفوتة لفضيلة الجماعة كما في النهاية.

Maksudnya: “Apabila imam memberi salam, lalu (orang yang masbuk) mengikuti orang lain(yang bersolat) atau mengikuti sesama mereka(masbuk dengan masbuk), maka solatnya sah kecuali solat Jumaat beserta makruh yang meluputkan fadilat jemaah sepertimana yang dinyatakan di dalam kitab Nihayah al-Muhtaj”.

4) Kitab “Bughyah” menjelaskan alasan makruh dan mengapa luputkan pahala jemaah melalui solat masbuk berantai ini seperti yang dinyatakan oleh Imam Ba ‘Alawi:

ووجه الكراهة أن المسبوقين قد حصلوا الجماعة مع الإمام, فربط صلاة بعضهم ببعض فيه إبطال لتلك الفضيلة فكره.

Maksudnya: “Dan sebab makruh ialah orang-orang yang masbuk telah mendapat (fadilat) jemaah bersama imam, maka ikatan solat antara satu sama lain(para masbuk) padanya membatalkan fadilat(jemaah) maka hukumnya makruh”.

5) Oleh itu apabila seorang makmum sempat mengikuti imam ini bermakna dia sudah mendapat fadilat berjemaah dan apabila mengikuti orang lain ini dia telah menukar ikutan daripada yang asal. Jadi cara sebegini bukan cara yang sebenar menurut displin solat jemaah yang sebenar, malah ia adalah perbuatan sia-sia. Bahkan ada sebahagian mazhab yang lain menyatakan jemaah berantai seperti ini membatalkan solat.

6) Pada hakikatnya solat berjemaah secara berantai ini boleh dikatakan bercanggah dengan etika solat jemaah yang diajarkan oleh Nabi -sallallahu ‘alaihi wa sallam- iaitu tiada sandaran yang jelas dari sudut praktikalnya. Cara terbaik, para masbuk bangun melengkapkan rakaat masing-masing yang berbaki tanpa memandat salah seorang di antara mereka untuk menjadi imam.

Wallahu A’lam
Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Fiqh. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s