NAMPAK KOYAK SELEPAS SOLAT

old-torn-jeans-holes

SOALAN INBOX:

Salam ustaz, boleh sy tanya ttg hukum solat? macamana kalau sy dah selesai solat tiba2 kita nampak seluar yg sy pakai tu koyak…dah kira terdedah aurat lah kan? batal tak solat saya macam tu?

JAWAPAN:

1) Antara salah satu daripada syarat-syarat sah solat ialah menutup aurat. Imam nawawi di dalam “Minhaj al-Tolibin” telah menjelaskan aurat yang minimum ketika solat bagi lelaki dan perempuan dalam bab syarat-syarat sah solat:

وعورة الرجل ما بين سرته وركبته وكذا الأمة في الأصح والحرة ما سوى الوجه والكفين.

Maksudnya: “Aurat lelaki di antara pusat dan lututnya, begitu juga hamba sahaya wanita menurut pendapat yang paling sahih. Manakala wanita yang bukan hamba auratnya selain dari muka dan telapak tangan.”

2) Ulama mazhab Syafi’ie telah menetapkan piawaian bagaimana aurat dikira terdedah yang mana ia menyebabkan solat tidak sah, iaitu pendedahan itu menampakkan warna kulit orang yang mengerjakan solat itu. Perkara ini dinyatakan oleh Imam Nawawi di dalam rujukan yang sama:

وشرطه ما منع إدراك لون البشرة ولو بطين وماء كدر

Maksudnya: “Syarat menutup aurat iaitu apa yang menghalang warna kulit meskipun ditutup oleh tanah lumpur atau air yang keruh”.

3) Oleh itu jika ada koyak pada bahagian aurat yang dikira membatalkan solat jika terlihat warna kulit dalam jarak yang dekat. Jika tidak kelihatan warna kulit melalui koyak tersebut maka solat masih dikira sah. Ini biasa berlaku pada pakaian yang saiz koyaknya sangat kecil atau pakai tersebut tebal atau berlapis sehingga koyak itu tidak memberi kesan sehingga tidak kelihatan warna kulit.

4) Namun jika selepas anda melaksanakan solat lantas terlihat koyak pada bahagian aurat sehingga menzahirkan warna kulit maka dia wajib mengulangi solatnya. Ini kerana dia melaksanakan solat dalam keadaan terdedah sebahagian auratnya. Perkara ini ada dijelaskan oleh Imam Nawawi dalam “Raudah al-Tolibin”:

ولو صلى في سترة ثم علم بعد الفراغ أنه كان فيها خرق تبين منه العورة، وجبت إعادة الصلاة على المذهب، سواء كان علمها ثم نسيها، أم لم يكن علمها، وهو شبيه بمن علم النجاسة بعد الفراغ.

Maksudnya: “Jika seseorang itu solat dengan pakaian kemudian setelah selesai solat dia mendapati koyak yang menampakkan aurat maka dia wajib mengulangi solatnya menurut pendapat yang muktamad, samaada dia tahu ataupun lupa, ataupun tidak mengetahuinya(tentang wujudnya koyak itu). Ini sama hukum bagi sesiapa yang mengetahui wujudnya najis seusai solat”.

5) Namun begitu, jika ada kesamaran atau kemungkinan yang menunjukkan ia belaku setelah selesai solat maka dia tidak diwajibkan untuk mengulangi solat. Sebagai contoh, dia mendapati koyak itu setelah setengah jam selesai solat, atau setelah selesai solat dia ada melanggar sesuatu yang keras pada bahagian koyak tersebut, atau selesai solat dia berlari-lari yang mana kemungkinan ini semua memungkinkan sebab koyak pada pakaian tersebut. Fakta ini juga disebut oleh Imam Nawawi dalam “Raudah al-Tolibin”:

ولو احتمل حدوث الخرق بعد السلام فلا إعادة قطعا.

Maksudnya: “Jika ada kemungkinan koyak selepas salam, maka secara pastinya tidak wajib mengulangi solat”.

Wallahu A’lam, Semoga bermanfaat.
Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Fiqh. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s