HUKUM SELEPAS KEGUGURAN

perkembangan-janin-dalam-rahim

SOALAN INBOX:

Assalamualaikum ustaz.. saya baru shj keguguran kali pertama. Adakah situasi saya macam wanita lepas bersalin maksudnya wajib mandi lps gugur & darah yg keluar lepas tu ialah darah nifas?

JAWAPAN:

Terlebih dahulu saya ingin ucapkan takziah pada puan atas keguguran yang menimpa. Semoga puan tabah dan sabar menghadapi ujian ini. Semoga Allah akan menggantikan yang lebih baik… amin ya rabb.

1) Sebagai jawapan bagi persoalan di atas, saya nukilkan fatwa dari ulama-ulama mazhab Syafi’ie berkaitan isu ini iaitu dari kitab “Hasyiah al-Jamal” dan “Hasyiah al-Bujairimi ‘ala Syarh al-Manhaj”:

ﻭاﻟﺤﺎﺻﻞ ﺃﻥ ﻟﻠﻌﻠﻘﺔ ﻭاﻟﻤﻀﻐﺔ ﺣﻜﻢ اﻟﻮﻟﺪ ﻓﻲ ﺛﻼﺛﺔ ﺃﺷﻴﺎء اﻟﻔﻄﺮ ﻟﻜﻞ ﻣﻨﻬﻤﺎ ﻭﻭﺟﻮﺏ اﻟﻐﺴﻞ ﻭﺃﻥ اﻟﺪﻡ اﻟﺨﺎﺭﺝ ﺑﻌﺪ ﻛﻞ ﻳﺴﻤﻰ ﻧﻔﺎﺳﺎ.

Maksudnya: “Kesimpulannya bahawa ‘alaqah(ketulan darah beku sebelum menjadi daging) dan mudghah(janin/ketulan daging) hukumnya sama seperti (melahirkan) anak (berkait dengan) 3 perkara iaitu: batal puasa dari setiap dari kedua-duanya, wajib mandi, darah yang keluar selepas kedua-duanya dikira sebagai darah nifas”.

2) Hukum wanita yang mengalami keguguran adalah bergantung pada beberapa situasi. Jika keguguran ialah ‘ALAQAH dan MUGHAH maka hukumnya sama seperti wanita yang lepas bersalin, iaitu darah yang keluar selepas keguguran dikira sebagai darah nifas.

3) Namun jika wanita yang keguguran hanya darah yang mengalir iaitu bukan ketulan darah atau beku, maka tidak dikira seperti wanita yang lepas bersalin. Oleh itu darah yang keluar itu tidak dikira sebagai darah nifas.

4) Jika wanita yang keguguran samaada ketulan darah atau daging dan diikuti dengan darah, maka dia tidak wajib mandi selepas keguguran melainkan setelah tamat tempoh nifas.

5) Jika wanita yang keguguran samaada ketulan darah atau daging namun tidak disusuli dengan setitik darah sekalipun(situasi ini amat jarang berlaku) maka dia tetap diwajibkan mandi yang dinamakan sebagai mandi wiladah sebelum mendirikan solat dan mana-mana ibadat yang memerlukan suci dari hadas.

Wallahu A’lam, semoga bermanfaat.
Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Fiqh. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s