KERUSI SOLAT ADA TEMPAT SUJUD

13344506_1100658676665553_437908888215929499_n

SOALAN INBOX:

Assalamualaikum ustaz…kalau ada org solat atas kerusi wajib ke ada tempat sujud macam saya tengok ada sesetgh masjid dan surau dia sediakan kerusi macam tu. nanti saya tunjuk gambar contoh.

JAWAPAN:

1) Bagi mereka yang tidak mampu untuk sujud maka diberi kelonggaran untuk sujud dengan hanya memberi isyarat, iaitu membongkokkan sedikit badan dalam keadaan lebih rendah dari tunduk rukuk.

2) Namun begitu, jika seseorang tidak mampu sujud dengan meletakkan dahi pada permukaan bumi maka dia wajib sujud di atas lapik atau objek, itu pun JIKA sujud itu kelihatan dalam bentuk sujud, iaitu bahagian punggung lebih tinggi dari bahagian kepala. Jika sujud sebegitu tidak menghasilkan bahagian punggung lebih tinggi maka ia TIDAK WAJIB. Fakta ini dinyatakan oleh Imam al-Khatib al-Syirbini dalam kitab al-Iqna’:

ﻓﺈﻥ ﺃﻣﻜﻨﻪ اﻟﺴﺠﻮﺩ ﻋﻠﻰ ﻭﺳﺎﺩﺓ ﺑﺘﻨﻜﻴﺲ ﻟﺰﻣﻪ ﻟﺤﺼﻮﻝ ﻫﻴﺌﺔ اﻟﺴﺠﻮﺩ ﺑﺬﻟﻚ، ﺃﻭ ﺑﻼ ﺗﻨﻜﻴﺲ ﻟﻢ ﻳﻠﺰﻣﻪ اﻟﺴﺠﻮﺩ ﻋﻠﻴﻬﺎ ﻟﻔﻮاﺕ ﻫﻴﺌﺔ اﻟﺴﺠﻮﺩ ﺑﻞ ﻳﻜﻔﻴﻪ اﻻﻧﺤﻨﺎء اﻟﻤﻤﻜﻦ.

Maksudnya: “Jika dia mampu sujud di atas bantal secara TANKIS(bahagian punggung atau pinggang lebih tinggi dari bahagian kepala ketika sujud) maka dia wajib melakukannya kerana ia menghasilkan bentuk sujud, atau tanpa TANKIS maka tidak wajib sujud di atasnya disebabkan tidak menghasilkan bentuk sujud bahkan cukup sekadar tunduk semampu mungkin”.

3) Malah menurut Imam Ibn hajar al-Haitami menyifatkan sujud sebegini sebagai sia-sia di dalam karangan beliau “al-Minhaj al-Qawim”:

ﻭﻟﻮ ﻋﺠﺰ ﻋﻦ ﻭﺿﻊ ﺟﺒﻬﺘﻪ ﺇﻻ ﻋﻠﻰ ﻧﺤﻮ ﻭﺳﺎﺩﺓ ﻓﺈﻥ ﺣﺼﻞ اﻟﺘﻨﻜﻴﺲ ﻟﺰﻣﻪ ﻭﺿﻊ ﺫﻟﻚ ﻟﻴﺴﺠﺪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺇﻻ ﻓﻼ ﺇﺫ ﻻ ﻓﺎﺋﺪﺓ ﻓﻴﻪ.

Maksudnya: “Jika seseorang tidak mampu meletakkan dahinya melainkan atas sesuatu seperti bantal, jika ia menghasilkan TANKIS maka wajib dia meletakkan ia di atasnya untuk sujud, jika tidak (membentuk TANKIS) maka tidak wajib di mana tiada faedah padanya”.

4) Dalam kitab “I’anah al-Tolibin” menyatakan sunat sujud di atas objek seperti bantal walaupun tidak membentuk TANKIS. Walaubagaimana pun kebanyakkan kitab fiqh mazhab Syafi’ie tidak menyifatkan ia sebagai amalan sunat atau galakan.

5) Berdasarkan beberapa rujukan kitab fiqh Syafi’ie, TIDAK WAJIB sujud di atas objek selagimana ia tidak tidak menjadikan bahagian punggung lebih tinggi dari bahagian kepala(TANKIS). Jika tidak maka hukumnya tidak wajib, bahkan ia tidak mendatangkan sebarang faedah sepertimana yang dinyatakan oleh Imam Ibn Hajar.

6) Kesimpulannya, mereka yang tidak mampu untuk sujud dengan meletakkan dahi pada permukaan bumi maka TIDAK WAJIB menyediakan kerusi yang ada tempat sujud. Ini kerana kerusi yang ditunjukkan di dalam gambar sama sekali tidak menghasilkan bentuk sujud iaitu punggung lebih tinggi dari bahagian kepala(TANKIS).

7) Oleh itu tidak perlu bersusah payah membeli atau menempah kerusi sebegini kerana ia tidak menambah apa-apa kesempurnaan pada solat, malah tanpa tempat sujud sedemikian solat tetap sempurna bagi mereka yang tidak mampu. Namun begitu ia juga tidak mengurangkan fadilat solat bagi sesiapa yang melakukannya dan ia tidak menjadi kesalahan jika sujud di atasnya.

**TANKIS bermaksud menundukkan kepala sehingga menjadikan bahagian punggung lebih tinggi dari bahagian kepala.

Wallahu A’lam
Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Fiqh. Bookmark the permalink.

2 Responses to KERUSI SOLAT ADA TEMPAT SUJUD

  1. Suhai says:

    Salam sejahtera ustaz,

    Boleh saya dapatkan gambar kerusi solat diatas. Utk rujukan. Serta lokasi tersebut.

    Terima kasih

    Mohon email suhai.nasuha@gmail.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s