DOA QUNUT ANTARA BACAAN KUAT DAN PERLAHAN

664xauto-alasan-menadahkan-tangan-saat-berdoa-dalam-islam-1502124-vert

Assalamualaikum. Ustaz, tumpang tanya. Imam baca qunut Subuh perlu perlahankan suara bila sampai “fa inna taqdhi….”, dan ma’mum sambung qunut baca sendiri. Atau sepatutnya kuatkan bacaan qunut untuk diaminkan ma’mum hingga tamat?

JAWAPAN:

1) Dalam solat berjemaah subuh, imam disunatkan membaca doa qunut dengan suara yang kuat seperti membaca surah al-Fatihah pada solat-solat jahr(subuh, maghrib dan Isyak).
2) Pendapat yang muktamad di dalam mazhab Syafi’ie Imam disunatkan membaca doa qunut dengan kuat sehingga didengari oleh makmum. Ini dinyatakan oleh di dalam kitab “Muqaddimah Hadramiyyah”:

يأتي الإمام بلفظ الجمع ويسن الصلاة على النبي صلى الله عليه وسلم في آخره ورفع اليدين فيه والجهر به للإمام وتأمين المأموم للدعاء ويشاركه في الثناء.

Maksudnya: “Imam membaca (doa qunut) dengan lafaz jamak dan disunatkan membaca selawat ke atas Nabi –sallallahu ‘alaihi wa sallam- pada akhirnya(qunut), juga (disunatkan) mengangkat kedua-dua tangan padanya(qunut) dan membaca secara jelas(kuat) oleh imam, manakala makmum mengaminkan doa dan turut sama dengan membaca pujian”.

3) Walaubagaimana pun bacaan qunut dengan kuat atau tidak merupakan khilaf di antara ulama-ulama mazhab Syafi’ie pada kurun 4 dan 5 hijriyyah(ashabul wujuh). Sebahagian dari mereka menyatakan Imam dan makmum membaca bersendirian bahkan imam tidak perlu membacanya secara kuat. Namun di dalam kitab “Raudah al-Tolibin”, imam Nawawi mentarjih(menguatkan) pendapat yang menyatakan imam perlu membaca dengan suara yang jelas didengar.

الأصح، يؤمن في القدر الذي هو دعاء، وأما الثناء، فيشاركه فيه، أو يسكت.

Maknanya: “Pendapat yang paling sahih, (makmum) mengaminkan pada kadar doa, manakala pujian maka (makmum) turut serta membacanya atau senyap.”

4) Berdasarkan kenyataan imam nawawi di atas bahawa imam perlu membaca doa qunut dengan kuat pada keseluruhannya tanpa memperlahankan had puji pujian pada Allah(Fa innaka Taqdhi). Fakta ini dikuatkan melalui beberapa kitab fiqh yang lain antara kenyataan Sheikhul Islam Zakaria al-Ansori di dalam karangannya “Asna al-Matolib”:

(وفي الثناء يشارك) الإمام (سرا، أو يستمع) له، لأنه ثناء وذكر لا يليق به التأمين قال في المجموع.

Maksudnya: Pada kadar pujian (makmum) turut serta membacanya secara tidak jelas suaranya(sirr) atau MENDENGAR BACAAN (qunut) imam, ini kerana ia merupakan puji pujian dan zikir yang tidak layak untuk diaminkan sepertimana yang dinyatakan di dalam kitab al-Majmu’.

5) Jadi berdasarkan kenyataan kedua-dua imam tersebut bahawa imam digalakkan membaca seluruh doa qunut dengan suara yang kuat termasuk pada puji pujian(Fa Innaka Taqdhi…), manakala makmum mempunyai pilihan samaada turut sama membacanya bersama-sama imam tanpa menguatkan suara atau diam sambil mendengar bacaan imam.

6) Walaubagaimana pun, menurut Imam Syahabuddin al-Ramli di dalam kitabnya “Hasyiah ‘ala Asna al-Matolib” mentafsirkan bahawa makmum menyertai imam pada bacaan puji pujian(fa innaka taqdhi…) berkemungkinan membawa maksud imam membaca secara sir(tidak menguatkan suara), sepertimana kenyataannya:

يحتمل أن يقال يسر كما في غيره مما يشتركان فيه ويحتمل الجهر.

Maksudnya: “Berkemungkinan apa yang dinyatakan bahawa dia(Imam) membaca secara tidak jelas(sirr) sepertimana seperti selainnya(makmum) dari apa yang kedua-dua lakukan bersama padanya(doa qunut) dan berkemungkinan juga membaca secara kuat(jahr)”.

7) Apa yang diamalkan oleh masyarakat Malaysia kini iaitu imam dan makmum tidak menguatkan bacaan puji pujian(fa innaka taqdhi…) merupakan tafsiran sebahagian daripada ulama-ulama mutakhir mazhab syafi’ie antaranya Imam al-Ramli al-Kabir.

8) Namun pendapat yang muktamad di dalam mazhab sepertimana yang dinyatakan oleh Imam Nawawi dan Sheikhul Islam Zakaria al-Ansori dan selain mereka iaitu imam menguatkan bacaan doa qunut termasuk puji pujian di dalamnya(fa innaka taqdhi…) manakala makmum sama-sama membaca secara sirr atau diam mendengar. Saya secara peribadi apabila mengimami solat subuh saya mengamalkan pendapat yang muktamad. Walaubagaimana pun jika Imam tidak menguatkan bacaan puji pujian tidak menjadi kesalahan dan tidak mengurangkan fadilat solat.

Wallahu A’lam
Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi

Advertisements

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Fiqh. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s