SOLAT TAHIYYAT DAN SUNAT MUTLAK

SOALAN INBOX:

assalamualaikum ustaz..saya ada kemusykilan…saya ada baca post seorang yg baru balik umrah…dia coretkan bila dia masuk Masjid Nabawi dia terus solat sunat mutlak, kemudian baru tahiyatul masjid..setahu saya bila kita masuk masjid kita dahulukan tahiyatul masjid…betulkah tindakan beliau…terima kasih

JAWAPAN:

1) Setiap muslim yang masuk ke rumah Allah samaada masjid atau surau maka disunatkan untuk melaksanakan solat sunat tahiyyatul masjid. Menurut mazhab Syafi’ie, makruh sesiapa yang sengaja meninggalkannya. Ia berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Saidina Abu Qatadah radiyallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

إذَا دَخَلَ أَحَدُكُمْ الْمَسْجِدَ فَلا يَجْلِسْ حَتَّى يُصَلِّيَ رَكْعَتَيْنِ

Maksudnya: “Jika seorang di antara kamu masuk ke dalam masjid, maka jangan duduk sehingga dia melaksanakan solat dua rakaat”. (Hadith riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

2) Menurut majoriti di kalangan ulama termasuk mazhab Syafi’ie menyatakan bahawa solat sunat tahiyyat tidak memerlukan niat yang khusus. Ini bermakna jika seseorang melakukan apa sahaja jenis solat pun ia sudah dikira telah melaksanakan solat tahiyyatul masjid. Perkara ini ada dinyatakan oleh Imam Nawawi di dalam karangan beliau “al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab”:

ولا يشترط أن ينوي بالركعتين التحية بل إذا صلى ركعتين بنية الصلاة مطلقا أو نوى ركعتين نافلة راتبة أو غير راتبة أو صلاة فريضة مؤداة أو مقضية أو منذورة أجزأه ذلك

Maksudnya: “Tidak disyaratkan seseorang itu berniat dua rakaat tahiyyah (masjid) bahkan jika dia mengerjakan solat dua rakaat dengan niat solat mutlak atau berniat dua rakaat sunat rawatib atau bukan rawatib atau solat fardu yang ditunaikan atau qadha atau solat sunat nazar maka ia adalah sah.”

3) Berdasarkan kenyataan Imam Nawawi di atas, jika seseorang telah melakukan solat bukan atas niat sunat tahiyyatul masjid maka ia telah dikira telah mendirikan solat tahiyyatul masjid, dalam istilah masyarakt Melayu kita dia telah menghormati masjid. Sebagai contoh: Ali masuk ke dalam masjid lalu mendirikan solat sunat mutlak(tanpa niat tahiyyatul masjid) maka secara otomatik dia telah memberi penghormatan terhadap masjid dengan solat sunat tersebut.

4) Dalam hal lain boleh kita ketogarikan jika seseorang masuk ke masjid dan dia merasakan dia mempunyai masa yang cukup untuk mendiri solat sunat subuh, jika dia melakukan solat sunat tahiyyatul masjid, nescaya tidak sempat untuk melaksanakan solat sunat Subuh. Maka dia harus terus mendirikan solat sunat Subuh untuk memastikan dia tidak ketinggalan untuk mendapatkan fadilat yang besar.

5) Jika seseorang masuk ke dalam masjid lalu mendapati iqamah sudah dikumandangkan maka dia tidak boleh mendirikan apa-apa solat sunat pun kerana ada larangan Baginda agar tidak mendirikan solat sunat ketika bilal sudah memulakan iqamah. Namun dia tetap dikira sudah melaksanakan tahiyyat ke atas masjid melalui solat fardu yang didirikan.

6) Jika ada masa yang panjang tiada masalah malah lebih afdal melaksanakan dua jenis solat sunat secara berasingan.

Wallahu A’lam

Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi

Advertisements

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Fiqh. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s