SENTUH BUKAN MAHRAM BATAL WUDUK

SOALAN INBOX:

Assalamu alaikum ustaz… apa alasan imam syafi’ie yang berpendapat wudhu’ batal walaupun sentuh perempuan tanpa syahwat, sedangkan ada hadith sebut nabi saw cium isteri lepas tu terus solat?

JAWAPAN

1) Mazhab Imam Syafi’ie berpendapat sentuh perempuan yang bukan mahram maka batal wuduk samaada sentuh dalam keadaan bersyahwat atau tidak. Pendapat ini bertunjangkan satu ayat suci dari surah al-Nisa’, ayat 43. Tambahan pula dikuatkan lagi dengan qiraat yang sahih disebut dengan lafaz “لمستم” yang mana ia tidak menunjukkan perbuatan secara ‘musyarakah’.

2) Manakala hadith yang disebut dalam soalan, kedudukannya daif di sisi Imam Syafi’ie begitu juga jaguh-jaguh hadith di zaman salaf yang lain. Antaranya Imam Bukhari sendiri yang mendaifkan hadith itu. Imam Abu Daud memberi isyarat bahawa hadith ini terputus sanadnya. Manakala imam Nasa’ie menyatakan hadith tersebut bertaraf mursal dan ramai lagi. Seperti yang sedia maklum, hadith daif tidak boleh digunakan sebagai hujah hukum hakam.

3) Tidak dinafikan ada di kalangan ulama hadith mutakhir yang mensahihkan hadith ini. Walaubagaimana pun ramai di kalangan ulama hadith moden berpegang kepada penilaian hadith yang dilakukan oleh ulama-ulama hadith salaf kerana mereka lebih dekat dengan zaman perawi-perawi hadith dan lebih mengetahui kedudukan hadith berbanding ulama hadith mutakhir.

4) Terdapat hujah lain selain dari hadith di atas yang menyatakan sentuh isteri tanpa syahwat tidak membatalkan wuduk, ia berdasarkan satu lagi hadith yang mana kedua kaki Sayyidah Aisyah berada pada sudut kiblat(kerana ruang rumah yang kecil) dan ketika itu Baginda sedang solat. Apabila Baginda ingin sujud maka Baginda menyentuh kaki Aisyah dengan jarinya sebagai isyarat agar Aisyah mengalihkan kakinya.

5) Imam Nawawi menyatakan di dalam syarah Sahih Muslim pada zahir hadith tersebut bersentuhan dalam keadaan kaki Aisyah berlapik. Lagipun dalam hadith tersebut tidak dinyatakan secara pasti bahawa kakinya tanpa berlapik, oleh itu ada dua kemungkinan samaada berlapik atau tidak.

6) Ini kerana ada satu kaedah menyatakan “إن طرق الدليل الاحتمال سقط به الاستدلال”, yang bermaksud “Jika sesuatu dalil mengandungi kemungkinan maka batal lah penghujahan”. Jadi hadith di atas ada dua kemungkinan, selagi ada kemungkinan yang kuat maka tidak cukup untuk sesetengah pihak mendakwa penghujahannya adalah pasti serta membatalkan dan melemahkan pandangan yang lain.

7) Mazhab yang tidak menyokong pandangan Imam Syafi’ie juga berhujah dengan satu lagi hadith yang sahih yang berbunyi:

Sayyidah Aisyah Radiyallahu ‘anhu berkata, “Aku kehilangan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam pada suatu malam, maka aku pergi mencarinya lalu kedua-dua tanganku terkena di bawah kedua-dua perut telapak kaki Baginda sedangkan ketika itu baginda sedang sujud dan kedua-dua telapak kakinya tegak”.

8) Bagi menjawab hujah di atas, sila layari link di bawah untuk melihat tulisan yang pernah saya ulas berkenaan isu ini:

https://aburuqayya.wordpress.com/2016/04/06/hadith-aisyah-sentuh-kaki-nabi/

9) Permasalahan ini merupakan khilaf yang muktabar di kalangan ulama mazhab. Tujuan saya menjawab persoalan ini bukan berniat untuk ‘kondem’ pendapat mazhab yang lain. Namun sekadar membuka mata para pembaca bahawa hujah imam Syafi’ie ada sandaran yang memiliki kekuatan tersendiri, bukan pandangan boleh dipandang remeh dan diperkecilkan. Yang penting bersangka baik pada imam-imam mujtahid, hormati khilaf kerana ia adalah rahmat untuk ummah.

Wallahu A’lam
Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi

Advertisements

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Fiqh. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s