FARAID, AYAH TIRI & ANAK TIRI

SOALAN WHATSAPP

Assalamualaikum ustaz

Sy nak tanya klu ikut hukum faraid ayah sy dah mninggal thn 1993 lps tu mak sy kwen lain bru2 ni mak sy mninggal umah yg mak duduk tu dia tukar nama pd bapak tiri n adik tiri angkat klu adik beradik sy blh lg x tuntut faraid atas umah tu?

JAWAPAN:

1) Jika rumah itu sudah ditukar nama kepada suami si ibu dengan akad hibah(pemberian), maka anak-anak tiri(anak-anak si isteri) tidak berhak mewarisi atau menuntut hak rumah tersebut kerana rumah itu sudah menjadi hak milik suami si ibu, bukan hak milik ibu lagi.

2) Jika suami si ibu meninggal dunia, rumah itu hanya berhak diwarisi oleh isterinya(ibu si penanya) dan anak-anak kandungnya. Anak-anak tiri tidak termasuk di dalam senarai pewaris.

3) Berlainan pula jika proses penukaran nama rumah itu bukan sebagai akad hibah, tetapi penama sebagai pemegang amanah bukan sebagai pemilik, maka baru lah anak-anak berhak mewarisi rumah tersebut selepas ketiadaan ibu. Begitu juga suami si ibu juga berhak mendapat bahagiannya.

Wallahu A’lam
Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi

Advertisements

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Fiqh. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s