CARA PENGURUSAN BAYI YANG GUGUR

SOALAN INBOX:

Kawan saya baru keguguran… nak tanya kalau baby terbentuk mcm ni(bentuk manusia).. nak kebumi cara macamana?

JAWAPAN:

1) Jika seorang wanita ditimpa keguguran dan ingin mengetahui cara menguruskan bayi yang gugur itu menurut syarak, maka perlu diperhatikan perincian berikut menurut mazhab Syafi’ie seperti di bawah ini:

2) Jika bayi yang gugur itu menunjukkan tanda-tanda hidup ketika gugur dari perut ibunya seperti menangis, bergerak-gerak atau bernafas kemudian mati, maka hukumnya sama seperti orang dewasa yang mati iaitu wajib dimandikan, disolatkan dan dikafankan kemudian dikebumikan.

3) Jika bayi yang gugur itu tidak menunjukkan apa-apa tanda hidup tetapi telah membentuk ciri-ciri jasad manusia seperti kepala, tangan atau kaki, maka hendak lah dimandikan, dikafankan dan dikebumikan tetapi tidak disolatkan ke atasnya.

4) Jika umur bayi itu berumur 4 bulan ke atas yang menunjukkan tanda-tanda hidup maka ia wajib dimandikan, dikafankan, disolatkan dan dikebumikan. Jika tidak menunjukkan tanda-tanda hidup maka wajib dimandikan, dikafankan dan dikebumikan tetapi tidak disolatkan.

5) Jika umur bayi yang gugur itu bawah 4 bulan maka hukumnya tidak wajib dimandikan, juga tidak dikafankan dan tidak disolatkan namun disunatkan ia ditutup dengan kain ketika dikebumikan. Ini kerana kebiasaannya janin berumur kurang dari 4 bulan belum lagi membentuk ciri-ciri manusia.

6) Menurut Imam Ramli, jika bayi itu gugur mencapai USIA 6 BULAN maka hukumnya sama seperti mayat orang dewasa iaitu diwajibkan ke atasnya mandi, kafan, solat dan pengkebumian walaupun bayi itu tidak menunjukkan apa-apa tanda hidup.

7) Manakala wanita yang keguguran samaada hukumnya sama seperti wanita yang bersalin atau tidak(nifas atau tidak), sila rujuk artikel di bawah ini.

https://aburuqayya.wordpress.com/…/16/hukum-selepas-kegugu…/

Wallahu A’lam
Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi

Rujukan:
– Taqrirat Sadidah
– Anwar al-Masalik

Advertisements

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Fiqh. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s