AMANAH ILMU, JANGAN MALU UNTUK BERKATA “TIDAK TAHU”

 

Risau bila melihat wujud fenomena ustaz/ustazah nakal yang berani mengeluarkan hukum yang salah dari fakta yang sebenar. Sebenarnya banyak yang berlaku di luar sana, cuma kasihan orang awam tidak mengetahuinya.

Saya bukan nak tunjuk hebat di sini…. apabila soalan ini diajukan, saya rasa sungguh pelik dan ragu-ragu kerana ia bertentangan dengan apa yang saya belajar dengan guru-guru saya. Walaubagaimana pun saya tetap merujuk kitab untuk mendapatkan kepastian.

Pengajaran untuk diri saya dan rakan-rakan ilmuan agar lebih berhati-hati, buat research yang teliti sebelum mengadakan kelas pengajian. Jika tidak tahu katakan tidak tahu, begitu juga tidak pasti, jangan terus yakin memberi jawapan. Apabila kita menyampaikan fakta yang salah pada orang awam, maka mereka akan meyakini ianya benar sebab datang dari lidah sang ustaz/ustazah. Bayangkan jika ada di antara mereka mengamal fakta yang salah sebegini, lebih-lebih lagi berkaitan dengan nikah kahwin.

Saya juga pernah melakukan kesilapan dalam penyampaian fakta, tetapi Allah beri hidayah untuk saya menarik balik kesilapan saya di hadapan jemaah, syukur Alhamdulillah saya tidak tewas dengan ego diri sendiri.

Advertisements

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Fiqh. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s