FARAID ANAK PEREMPUAN & ADIK BERADIK

Assalamualaikum Ustaz…

Saya ada soalan. Pertama, Situasinya mcm ni. Jika si ayah itu cuma ada 2 orang anak perempuan sahaja sebagai pewaris harta, tiada anak lelaki. Dan si ayah ada seorang adik lelaki. Sekiranya si ayah meninggal, adakah semua harta tu dpt pada 2 org anak perempuannya shj. atau dikongsi dgn adik lelaki arwah itu? terima kasih.

JAWAPAN:

1) Dalam kes ini si mati meninggalkan dua orang anak perempuan dan seorang adik lelaki sahaja. Maka dalam ini semua pewaris berhak mendapat bahagian masing-masing. 2 anak perempuan mendapat 2/3 dari harta peninggalan si mati, manakala adik lelaki mendapat lebihan(baki) harta peninggalan si mati.

2) Berlainan pula jika si mati ada meninggalkan anak lelaki walaupun seorang, maka secara otomatik adik beradik si mati terhijab dari mewarisi harta si mati.

3) Jika si mati meninggalkan ibu dan bapa, maka adik beradik terhalang untuk mewarisi harta kerana kewujudan si bapa. Jika hanya meninggalkan ibu sahaja maka adik beradik tidak terhijab.

4) Jika si mati meninggalkan seorang isteri, dua anak perempuan dan seorang adik lelaki maka si isteri mendapat 1/8, manakala 2 anak perempuan 2/3 dan baki harta diwarisi oleh adik lelaki si mati.

Wallahu A’lam
Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi

Advertisements

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Fiqh. Bookmark the permalink.

2 Responses to FARAID ANAK PEREMPUAN & ADIK BERADIK

  1. ROSIWATI ABDUL AZIZ says:

    Assalamualaikum, Ustaz.

    Persoalan yang mohon dicerahkan: Sekiranya si mati meninggalkan 3 anak lelaki dan 2 anak perempuan tetapi 2 anak lelaki telah meninggal dunia tinggal seorang sahaja anak lelaki. Bagaimana bahagian anak lelaki yang telah meninggal dunia itu.berapa bahagian layak isteri dan anak beliau? Adakah adik beradik perempuan boleh memohon untuk dibahagikan sama rata harta peninggalan si mati dengan alasan adik beradik perempuan menjaga sepenuhnya bapa dan ibu yang sakit lumpuh (semasa ada hayat mereka) tanpa bantuan anak lelaki dan menantu – di mana adik beradik lelaki dan menantu hanya datang membantu bila perlu sahaja ?
    Terima kasih, Ustaz

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s