SOLAT QADA’ BACAAN KUAT ATAU PERLAHAN

SOALAN INBOX:

Solat zohor qada dibuat waktu mlm maka bacaan secara sir. Bagaimanapula solat isya yg di qada pada siang hari adakah juga sir atau jahar?

JAWAPAN:
1) Ulama berselisiah pendapat dalam isu ini. Menurut mazhab Hanafi dan Hanbali, bacaan kuat atau perlahan sesuatu solat yang diqada’ bergantung pada solat itu sendiri. Jika solat itu jenis bacaan kuat maka ketika diqada’ juga dibaca kuat walaupun pada waktu siang.

2) Manakala yang muktamad di dalam mazhab Maliki dan Syafi’ie qada’ solat samaada bacaan kuat atau perlahan bergantung pada waktu solat yang diqada’kan, ini dinyatakan oleh imam Nawawi -rahimahullah- di dalam karangan beliau ‘Raudah al-Tolibin’:

ﻓﺈﻥ ﻗﻀﻰ ﻓﺎﺋﺘﺔ اﻟﻠﻴﻞ ﺑﺎﻟﻠﻴﻞ ﺟﻬﺮ، ﻭﺇﻥ ﻗﻀﻰ ﻓﺎﺋﺘﺔ اﻟﻨﻬﺎﺭ ﺑﺎﻟﻨﻬﺎﺭ ﺃﺳﺮ، ﻭﺇﻥ ﻗﻀﻰ ﻓﺎﺋﺘﺔ اﻟﻨﻬﺎﺭ ﻟﻴﻼ ﺃﻭ ﻋﻜﺲ ﻓﺎﻻﻋﺘﺒﺎﺭ ﺑﻮﻗﺖ اﻟﻘﻀﺎء ﻋﻠﻰ اﻷﺻﺢ

Maksudnya: “Jika seseorang qada’ solat malam(seperti Isyak) yang tertinggal pada waktu malam maka dikuatkan (bacaan). Jika qada’ solat siang(seperti Zohor) yang tertinggal maka diperlahankan (bacaan)”. Jika qada’ solat siang yang tertinggal pada waktu malam atau sebalik maka ia bergantung pada waktu qada’ menurut pendapat yang paling sahih.

3) Mazhab Syafi’ie dan Maliki beralasan kerana bacaan kuat atau perlahan dalam solat bergantung pada waktu iaitu jikalau siang maka dibaca secara perlahan manakala malam dan sebelum syuruk dikuatkan bacaan. Manakala pendapat lain, kuat atau perlahan berpandukan jenis solat bukan waktu solat.

4) Kesimpulannya, menurut mazhab Syafi’ie jika solat zohor contohnya diqada’kan pada waktu malam maka disunatkan agar bacaan Fatihah dan surah dikuatkan. Manakala solat qada’ Isyak contohnya pada waktu siang maka disunatkan agar diperlahankan bacaan.

Wallahu A’lam
Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi

Advertisements

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Fiqh. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s