TIDAK MAMPU MENGHADAP KIBLAT

SOALAN INBOX:

Assalamualaikum ustaz… ayah saya di wad hospital mungkin lama.. kedudukan katil dia tak mengadap kiblat…ayah sy tak mampu nak alihkan badan…macamana dia nak tunaikan solat x mengadap kiblat? Ini kira solat hormat waktulah kan..bila dah sihat kena qadha’ balik?

JAWAPAN:

1) Menghadap kiblat adalah salah satu syarat sah solat, jika seseorang itu tidak menghadap kiblat maka solatnya tidak sah. Cuma ulama berselisih pendapat tentang mereka yang uzur untuk menghadap kiblat seperti orang yang sakit. Para ulama bersepakat bahawa wajib melaksanakan solat dalam keadaan uzur untuk menghadap kiblat, namun ulama berselisih pendapat adakah wajib qadha atau tidak.

2) Menurut mazhab Syafi’ie(begitu juga Hanbali jika tidak silap) orang yang tidak mampu menghadap kiblat wajib solat dalam keadaan hormat waktu dan wajib mengulang kembali solat itu apabila sudah sihat. Ini dinyatakan oleh Imam Nawawi di dalam kitab al-Majmu’:

ﻓﻜﻞ ﻫﺆﻻء ﻳﺠﺐ ﻋﻠﻴﻬﻢ اﻟﺼﻼﺓ ﻋﻠﻰ ﺣﺴﺐ اﻟﺤﺎﻝ ﻭﺗﺠﺐ اﻹﻋﺎﺩﺓ ﻟﻨﺪﻭﺭ ﻫﺬﻩ اﻷﻋﺬاﺭ.

Maksudnya: “Maka semua mereka itu(yang uzur untuk menghadap kiblat) wajib mendirikan solat menurut keadaan ketika itu dan wajib mengulangi solat kerana ia merupakan keuzuran yang jarang berlaku”.

3) Manakala mazhab Hanafi dan Maliki tidak mewajibkan orang yang sakit agar menghadap kiblat jika tidak mampu. Ini bermakna orang yang sakit wajib melaksanakan solat dalam keadaan tidak menghadap kiblat dan tidak wajib mengulangi solatnya setelah sihat. Faktai ini ada dinyatakan di dalam kitab al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuhu:

ﻭﻗﻴﺪ اﻟﻤﺎﻟﻜﻴﺔ ﻭاﻟﺤﻨﻔﻴﺔ ﺷﺮﻁ اﻻﺳﺘﻘﺒﺎﻝ ﺑﺤﺎﻟﺔ اﻷﻣﻦ ﻣﻦ ﻋﺪﻭ ﻭﺳﺒﻊ ﻭﺑﺤﺎﻟﺔ اﻟﻘﺪﺭﺓ، ﻓﻼ ﻳﺠﺐ اﻻﺳﺘﻘﺒﺎﻝ ﻣﻊ اﻟﺨﻮﻑ، ﻭﻻ ﻣﻊ اﻟﻌﺠﺰ ﻛﺎﻟﻤﺮﺑﻮﻁ ﻭاﻟﻤﺮﻳﺾ اﻟﺬﻱ ﻻ ﻗﺪﺭﺓ ﻟﻪ ﻋﻠﻰ اﻟﺘﺤﻮﻝ ﻭﻻ ﻳﺠﺪ ﻣﻦ ﻳﺤﻮﻟﻪ، ﻓﻴﺼﻠﻲ ﻟﻐﻴﺮﻫﺎ ﺇﻟﻰ ﺃﻱ ﺟﻬﺔ ﻗﺪﺭ، ﻟﺘﺤﻘﻖ اﻟﻌﺬﺭ.

Maksudnya: “Para ulama mazhab Maliki dan Hanafi telah mengikatkan syarat wajib menghadap kiblat iaitu dalam keadaan aman dari musuh, binatang buas dan dalam keadaan mampu (untuk menghadapnya). Oleh itu tidak wajib menghadap kiblat dalam keadaan takut, begitu juga tidak wajib bagi yang tidak mampu seperti terikat(pada kayu) dan orang sakit yang tiada daya untuk mengalihkan (diri untuk menghadap kiblat) serta tidak mendapati orang lain boleh mengalihkan dirinya ke arah kiblat, maka hendaklah dia mengerjakan solat selain arah kiblat ke arah yang dia mampu kerana keuzuran”.

4) Di dalam kitab Bughyah al-Mustarsyidin, Imam Ba ‘Alawi(ulama mutakhir mazhab Syafi’ie) menjelaskan bahawa orang yang sakit wajib menghadap kiblat walaupun dalam keadaan duduk atau pun baring, seperti yang dinyatakan:

يجب على المريض أن يؤدي الصلوات الخمس مع كمال شروطها وأركانها واجتناب مبطلاتها حسب قدرته وإمكانه، وله الجلوس ثم الاضطجاع ثم الاستلقاء والإيماء إذا وجد ما تبيحه على ما قرر في المذهب.

Maknanya: “Wajib ke atas orang yang sakit menunaikan solat lima waktu berserta syarat-syarat dan rukun-rukunnya yang sempurna dan wajib menjauhi perkara-perkara yang membatalkan solat menurut kemampuannya. Maka dia diharuskan duduk, kemudian mengereng(jika tidak mampu duduk), kemudian baring telentang dan memberi isyarat rukuk dan sujud jika mendapati apa yang mengharuskannya ke atasnya seperti yang ditetapkan oleh mazhab Syafi’ie”.

5) Namun kelonggaran diberikan kepada mereka yang sakit teruk hingga tidak mampu memenuhi syaratnya maka pesakit tetap wajib mendirikan solat dalam keadaannya yang sedia ada dan memenuhi syarat yang terdaya untuk diri. Jika dia tidak mampu memenuhi seluruh syarat seperti tidak mampu menghadap kiblat, maka dia boleh bertaqlid mazhab Hanafi dan Maliki dalam isu ini, iaitu tidak wajib mengulangi apabila sihat nanti. Kelonggaran ini dinyatakan oleh Imam Ba ‘Alawi di dalam rujukan yang sama:

فإن كثر ضرره واشتد مرضه وخشي ترك الصلاة رأسا فلا بأس بتقليد ابي حنيفة ومالك.

Maknanya: “Jika banyak kemudaratannya, teruk sakitnya dan risau akan meninggalkan solat, maka tidak mengapa bertaqlid kepada mazhab Imam Abu Hanifah dan Imam Malik”.

6) Solusi dalam permasalahan ini, jika seseorang itu sakit yang ringan, mampu untuk menggerakkan diri atau ada orang lain boleh membantunya untuk menghadap kiblat dan begitu juga jika pergerakan pesakit tidak membawa kemudaratan, maka tiada keuzuran di sini untuk tidak menghadap kiblat. Jika sengaja atau bermudah-mudah tidak menghadap kiblat maka dia berdosa dan solatnya tidak sah.

7) Melainkan sakit yang teruk atau tenat, tidak mampu bergerak, meskipun ada orang lain yang boleh bantu untuk mengalihkan diri pesakit ke arah kiblat namun pergerakannya boleh menambahkan kemudaratan dan kesakitan, maka pesakit tetap diwajibkan bersolat namun solat dalam kemampuannya iaitu tidak menghadap arah kiblat dan tidak wajib mengulangi solat-solat itu apabila sudah sihat.

8) Saranan saya, jika sakit yang dialami tidak lama(contohnya dua tiga hari) maka ambillah tindakan yang lebih berhati-hati agar mengulangi solat yang didirkan dalam keadaan sakit. Manakala sakit dalam tempoh yang lama, maka diharuskan bertaklid kepada mazhab Hanafi dan Maliki kerana keuzuran yang dialami itu agak berat.

Wallahu A’lam
Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi

Advertisements

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Fiqh. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s