SOLAT HORMAT WAKTU

Semalam saya berkuliah maghrib di sebuah masjid di Cheras, seorang tuan haji(imam masjid) mengadu ada seorang ustaz muda dalam ceramah menyatakan dalam fiqh tiada ‘solat hormat waktu’. Imam itu pun pelik dengan dakwaan ustaz tu, jemaah pun ramai yang pening dan ‘confius’.

Istilah ‘solat hormat waktu’ adalah istilah yang seringkali digunakan oleh ulama-ulama mazhab syafi’ie yang mana ia memberi maksud solat dalam keadaan tidak cukup syarat sah solat seperti tiada air untuk berwuduk dan tanah untuk bertayammum. Permasalahan ini dijelaskan oleh imam Nawawi -رحمه الله تعالى- di dalam karangan-karangan beliau.

Dalam ertikata yang lain, jika seseorang itu dalam keadaan berhadas namun tiada air dan tanah, maka wajib jua mengerjakan solat dalam keadaan berhadas sebagai menghormati waktu.

Saya agak kenal individu-individu sebegini apabila mempertikai sesuatu isu fiqh mereka tidak akan pandang tinggi fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh ulama Syafi’iyyah -رحمهم الله- kononnya mereka bukan ahli hadith. Melainkan fatwa-fatwa yang selari dengan kehendak mereka.

Kebiasaannya mereka menghormati dan menerima pakai pandangan dari ulama yang beraliran yang bukan ‘mainstream’. Oleh itu di sini saya datangkan fatwa ulama mazhab Hanbali yang agak kontroversi iaitu Imam Ibn Taimiyyah -رحمه الله-, apa kata beliau tentang solat hormat waktu? Ibn Taimiyyah berkata di dalam Majmu’ Fatawa:

فلا يجوز تأخير الصلاة عن وقتها لجنابة ولا حدث ولا نجاسة ولا غير ذلك ، بل يصلي في الوقت بحسب حاله.

Maknanya: “Tidak boleh melewatkan solat dari waktunya(tamat waktu solat) disebabkan junub, hadas, najis dan selain dari itu, bahkan mendirikan solat pada waktu itu menurut keadaannya”.

Jadi fatwa Imam Ibn Taimiyyah di atas menjelaskan pendirian beliau yang mengabsahkan pensyariatan solat hormat waktu iaitu solat dalam keadaan berhadas atau seumpamanya kerana tiada bahan untuk mengangkat hadas atau bersuci. Jelas ulama Syafi’iyyah tidak bersendirian dalam hal ini.

Pendapat yang mewajibkan solat hormat waktu berdasarkan dalil dari hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim bahawa Sayyidah Aisyah -رضي الله عنها- ketika dalam pemusafiran lalu kalung rantai yang dipakai oleh beliau hilang tercicir:

Rasulullah -صلى الله عليه وسلم- menghantar Asid bin Hadr dan Anas bin Malik -رضي الله عنهما- untuk mencari kalung Aisyah yang hilang yang dipinjam dari Sayyidah Asma’ -رضي الله عنها-. Apabila tiba waktu solat mereka tidak menjumpai air lantas menunaikan solat tanpa bersuci, apabila diajukan kepada baginda s.a.w turunlah ayat perintah untuk bertayyamum.

Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi

P/S: Nasihat Abang Long, adik-adik jangan nakal-nakal ye, jangan kasi jemaah konfius. Kita nak ajar masyarakat supaya beramal bukan nak tunjuk pandai.

Advertisements

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Fiqh. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s