IBU TIDAK BENARKAN JUMPA AYAH

SOALAN INBOX:

Assalamualaikum ustaz, maaf sekiranya saya mengganggu ustaz.. Saya ada sedikit kemusykilan yang ingin ditanya kepada ustaz.. Harap ustaz dapat meluangkan sedikit masa untuk memberi pencerahan.. Saya dahulukan dengan ucapan terima kasih..
Ada seseorang bertanya kpd saya. Ibu dan ayahnya baru bercerai. Tapi ibunya tidak mengizinkan dia berbuat baik lagi kepada ayahnya atas alasan, jika dia berbuat baik juga kpd ayahnya, ini menunjukkan bahawa dia bersetuju dgn perbuatan ayahnya yg kononnya menzalimi ibunya tadi. Kedua ibu bapanya bercerai sebab ayahnya telah bernikah lagi satu.

Makanya, ibunya tidak membenarkan dia menerima apa-apa bantuan dari ayahnya utk menampung perbelanjaan kenduri perkahwinannya yg akan dilangsungkan tidak lama lagi. Bahkan ibunya juga tidak membenarkan dia menjemput ayahnya ke kenduri perkahwinannya sendiri. Ibunya juga menyuruh agar dia bernikah berwalikan hakim sahaja (anaknya ini seorang perempuan). Namun, ayahnya telah memberi wang sebanyak 2000 kepada anaknya tadi utk belanja kahwin tanpa pengetahuan ibunya. Soalannya, adakah boleh si anak ni tadi menggunakan wang tersebut utk belanja kahwin? Dan wajibkah anak ni tadi mentaati perintah ibunya tersebut? Jika anak tersebut menggunakan wang itu, apakah hukumnya? Adakah dia akan jatuh sebagai anak derhaka?
Sekian soalan saya. Barakallahu feek ustaz sekiranya sudi menjawab soalan saya.

JAWAPAN:

1) Si Ayah mempunyai hak terhadap anaknya walaupun dia sudah bercerai dengan si ibu, iaitu si ayah berhak untuk dilayan dengan baik dan dihormati oleh anak kandungnya. Oleh itu si ayah berhak berjumpa, bermesra dengan bahkan mendapat perkhidmatan dari anak kandungnya. Malahan jika si ayah dalam ketogari fakir atau miskin maka si anak wajib menanggung ayahnya.

2) Si ibu juga memiliki hak yang besar terhadap anaknya, namun si Ibu tidak berhak melarang si anak agar tidak berbuat baik pada ayah(bekas suami). Membuat larangan seperti ini hukumnya berdosa kerana menyekat seseorang dari mendapatkan haknya.

3)Jika si tetap keras melarang, ini bermakna dia telah memutuskan hubungan silaturrahim antara ayah dan anak, tenyata ini perbuatan dosa besar, sepertimana yang dinyatakan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam:

لا يدخل الجنة قاطع

Maksudnya: “Tidak masuk syurga orang yang memutuskan tali silaturrahim”. (Hadith riwayat Imam Bukhari)

4) Jika ibu melarang, anak tidak sepatut taat pada larangan itu. Jika si anak tetap mentaati ibunya dalam perkara ini, maka dia dikira berdosa kerana si anak tidak memberi hak yang sepatutnya kepada ayahnya. Ini kerana tiada ketaatan dalam urusan maksiat, sepertimana yang dinyatakan di dalam sepotong hadith bahawa Rasulullah -sallallahu ‘alaihi wa sallam- yang bersabda:

لا طاعة لبشر في معصية الله، إنما الطاعة في المعروف

Maksudnya: “Tidak ada ketaatan terhadap manusia dalam urusan maksiat kepada Allah, ketaatan hanya pada perkara yang ma’ruf”. (Hadith riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

5) Dalam hal ini, si ibu tidak sepatutnya mengheret anaknya ke dalam krisis peribadinya bersama bekas suami sehingga menghalang si anak dan bekas suami mendapat hak mereka yang telah ditetapkan oleh syarak.

6) Si anak juga wajib menjaga hati ibunya agar tidak terguris dan berkecil hati. Jalan yang terbaik si anak berjumpa dengan si bapa secara rahsia agar pertemuan ini tidak diketahui oleh si ibu. Dalam masa yang sama, si anak perlu menjaga hati si ayah dengan berjumpa dengannya secara senyap-senyap dan terancang.

7) Jika si ayah diharuskan memberi duit kepada anaknya, maka si anak berhak untuk menerima duit pemberian itu walaupun dihalang oleh si ibu. Menerima pemberian seseorang hukumnya halal sepertimana seseorang diharuskan menerima hadiah dari seseorang. Dalam hal ini si ibu juga tiada hak untuk melarang si anak dari menerima pemberian dari ayahnya.

Wallahu A’lam
Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi

Advertisements

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Fiqh. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s