IMAM SYAFI’IE DAN IMAM NAWAWI

Ada segelintir ulama mutakhir mazhab Syafi’ie mengkritik Imam Nawawi kerana banyak menisbahkan sesuatu pendapat kepada mazhab Imam Syafi’ie -radiyallahu ‘anhu-, sedangkan pendapat itu bertentangan dengan apa yang dinaskan(difatwakan) oleh Imam Syafi’ie sendiri di dalam al-Umm dan al-Mukhtasar.

Antara ulama yang mengkritik Imam Nawawi ialah al-‘Allamah Jamaluddin al-Isnawi -rahimahullah ta’ala-, metod beliau boleh dilihat dengan jelas terhadap isu-isu yang menjadi perselisihan antara Imam Nawawi dan Imam Rafi’ie -rahimahumallah- maka dalam beberapa isu dalam karya beliau “al-Muhimmat” beliau menyokong pandangan Imam Rafi’ie kerana ia lebih dekat dengan fatwa(nas) Imam Syafi’ie. Seperti yang diketahui umum bahawa pendapat Imam Nawawi lebih diutamakan dan dipilih berbanding Imam Rafi’ie di sisi Syafi’iyyah.

Walaubagaimana pun pendirian Imam Isnawi telah dikritik oleh ulama-ulama Syafi’iyyah selepas beliau yang mana pentarjihan Imam Nawawi tetap diutamakan dari nas Imam Syafi’ie. Ini kerana Imam Nawawi lebih faham dan kenal usul dan kaedah Imam Syafi’ie mengeluarkan hukum hakam. Begitu juga qaul-qaul Imam Syafi’ie tidak hanya terdapat di dalam kitab al-Umm dan al-Mukhtasar(Muzani dan Buwaiti) malah ia wujud pada sumber selain dari itu, maka memerlukan proses pentarjihan. Belum dihitung lagi ‘qaul mukharraj’ yang dinisbahkan kepada pengasas mazhab, bab ini sahaja ada perbahasan yang panjang di sisi muhaqqiq mazhab

Ini adalah proses yang panjang dalam penentuan qaul muktamad di dalam mazhab Imam Syafi’ie, ia adalah kerja yang amat rumit, tiada sesiapa pun yang mampu dan berani menggalas tugas ini melainkan Imam Nawawi dan Imam Rafi’ie. Bahkan tiada siapa pun di kalangan para ulama syafi’iyyah selepas mereka berdua mengambil peranan seperti kedua-dua imam, melainkan mereka berpegang setiap apa yang ditarjihkan oleh mereka.

Oleh itu, sesiapa sahaja yang berminat untuk menyelesaikan sesuatu masalah fiqh dalam perspektif mazhab Syafi’ie maka tidak wajar merujuk kitab al-Umm dan al-Mukhtasar(melainkan dengan sokongan kitab mutakhir mazhab Syafi’ie). Mengapa tidak boleh? kerana tidak semua di dalam kitab induk Imam Syafi’ie merupakan pendapat yang muktamad.

Pasti ramai yang rasa pelik mengapa tulisan tangan Imam Syafi’ie sendiri tidak dijadikan sandaran muktamad di dalam mazhab. Jika perkara ini masih menjadi tanda tanya di minda anda, ini bermakna anda masih belum faham metod mazhab Syafi’ie. Pemahaman memerlukan kajian, pembacaan yang banyak dan jalan terbaik bertanya dan belajar dengan ahlinya.

Wallahu A’lam
Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi

Advertisements

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Fiqh. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s