JATUH TALAK ATAU TIDAK

SOALAN INBOX:

Nak tanya kalau suami kita kata “saya nak pulangkan awak dekat mak bapak awak” dan dlm hati dia je yg tahu apa maksud tu. jatuh ke talak? sbb mereka tengah berkrisis tu; dan nak taqwil payah skit.

JAWAPAN:

1) Para ulama telah membahagikan jenis lafaz talak kepada dua bahagian, 1) lafaz sarih(jelas/nyata) dan 2) lafaz kinayah(kiasan). Setiap jenis lafaz ini mempunyai hukum yang berbeza mengikut situasi tertentu.

2) lafaz talak yang jelas dan nyata(sarih) tidak memerlukan niat talak/cerai, iaitu ia tetap jatuh talak walaupun tanpa niat talak seperti lafaz suami melafazkan pada isteri “Aku ceraikan kau” dan “Aku talakkan kau”. Ini dijelaskan oleh Imam al-Khatib al-Syirbini dalam kitab “Al-Iqna’ bi Hall Alfaz Abi Syuja”:

صريح وهو ما لا يحتمل ظاهره غير الطلاق, فلا يحتاج إلى النية لإيقاع الطلاق.

Maksudnya: “(Talak) sarih ialah apa-apa (lafaz) yang tidak membawa makna zahirnya selain dari (makna) talak, maka ia tidak memerlukan niat untuk menjatuhkan talak”.

3) Lafaz sarih (jelas), iaitu yang diucapkan dengan terang dan jelas. Lafaz sarih ini terbahagi kepada beberapa ucapan seperti berkata: “Aku ceraikan engkau talak satu”, dan “Aku talakkan kau”. Secara pastinya dengan lafaz ini dikira jatuh talak walaupun tanpa niat si suami untuk menceraikan isteri. Ini berdasarkan sabda Nabi -sallallahu ‘alaihi wa sallam- bersabda:

ثَلاَثٌ جِدُّهُنَّ جِدٌّ وَهَزْلُهُنَّ جِدٌّ النِّكَاحُ وَالطَّلاَقُ وَالرَّجْعَةُ

Maksudnya: “Tiga perkara yang serius dan gurauan sama-sama dianggap serius: nikah, talak, dan rujuk”. (Hadith riwayat Imam Abu Daud dan Tirmizi)

4) Manakal lafaz kinayah, ia bergantung pada niat suami yang melafazkan ia, kalau niat kinayah dilafazkan dengan niat mentalakkan isteri maka jatuh talak itu. Ini kerana lafaz kinayah(kiasan) boleh memberi maksud yg lain, tak semesti maksud talak. Ini dijelaskan boleh Imam al-Khatib al-Syirbini di dalam rujukan yang sama:

وكناية وهو ما يحتمل الطلاق وغيره فيحتاج إلى نية لإيقاعه.

Maksudnya: “(Talak) Kinayah ialah apa-apa (lafaz) yang membawa makna talak dan selainnya, maka ia memerlukan niat untuk menjatuhkannya”.

5) Oleh itu apa-apa sahaja lafaz selain dari lafaz yang jelas dan nyata(sarih) maka ia memerlukan niat, seperti seorang lelaki berkata kepada isterinya, “Saya tak nak tengok muka awak lagi”. Lafaz ini dikira sebagai talak JIKA si suami berniat di dalam hati untuk menceraikan isterinya.

6) Jika si suami menafikan niat cerai di mana berkemungkinan si suami berniat lain(seperti menyampah dan marah sahaja), maka hakim wajib mengambil kata-kata zahirnya dan talak tidak jatuh. Meskipun si suami berbohong(sebenarnya di hati berniat cerai), maka itu adalah urusan si suami dengan Allah Ta’ala kerana urusan hati hanya milik Allah dan dia akan bertanggungjawab di hari pembalasan nanti.

7) Merujuk kepada soalan di atas, lafaz tersebut diketogarikan sebagai lafaz kinayah. Oleh untuk mensabitkan talak jatuh atau tidak ia bergantung pada niat si suami, jika lafaz ini diujarkan beserta niat untuk menceraikan isterinya maka talak terjatuh, jika niat sebaliknya maka mereka berdua masih dikira sebagai suami isteri. Tambahan pula di dalam ayat itu wujud perkataan ‘nak’ yang mungkin memberi maksud ingin melakukannya, iaitu melibatkan masa hadapan tetapi ia belum dilakukan. Jika ia melibatkan keinginan maka talak belum dikira jatuh kerana ia belum berlaku.

8) Tiada sesiapa yang berhak untuk mentakwil lafaz kinayah yang dilafazkan walaupun si isteri, tiada jalan penyelesaian melainkan bertanya kepada si suami kerana dia lebih mengetahui apa yang dia niatkan. Walaubagaimana pun, jalan terbaik merujuk kepada mahkamah syariah di negeri masing-masing untuk mendapatkan kepastian. Lebih-lebih yang berniat cerai, maka kes penceraian itu perlu difailkan dan didokumentasikan.

Wallahu A’lam
Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi

Advertisements

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Fiqh. Bookmark the permalink.

4 Responses to JATUH TALAK ATAU TIDAK

  1. SHE says:

    Mohon pencerahan tuan ustaz
    Jatuh talak atau tidak?

    Isteri: U Talakkan i?
    Suami : Ya

  2. Cahaya says:

    Assalamualaikum
    Saya nk bertanya
    Adakah jatuh talak jika Suami katakn sebegini “jika kita bergaduh Dan saya pukul awk maka jatuh talak satu..
    Dan satu hari kami bergaduh Dan dia naik tangan pada saya. Adakah jatuh talak pada saya.. Sebab dia pernah cakap kt saya dia xada niat nk ceraikan saya cuma untuk menahan diri Dari memukul saya..
    Adakah jatuh talak pada saya???

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s