SUDAH JAMAK & QASAR TAPI DAH SAMPAI RUMAH

SOALAN INBOX:

Assalamu’alaikum ustaz… saya tanya lagi tentang solat jamaq qasar. kalau dalam perjalan balik rumah saya dah jamaq qasar zohor dan asar… bila sampai rumah waktu asar masih ada lagi…wajib ke saya solat asar skali lagi?

JAWAPAN:

1) Antara rahmat yang Allah berikan kepada hambanya ialah keringanan dalam menjalankan ibadah antaranya solat musafir iaitu jamak dan qasar. Keringanan seperti ini disifatkan oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم sebagai sedekah Allah kepada hamba-hambanya.

2) Jika seseorang ketika dalam musafir lalu telah menjamak dan mengqasarkan dua solat, ini bermakna dia telah melaksanakan kedua-dua solat tersebut dengan sempurna, meskipun setibanya di tempat mukim atau mastautin waktu solat kedua masih ada, maka dia tidak wajib mengulangi solat tersebut. Perkara ini ada dijelaskan oleh Imam Nawawi رحمه الله di dalam karyanya Minhaj al-Tolibin:

لو جمع تقديما فصار بين الصلاتين مقيما بطل الجمع وفي الثانية وبعدها لا يبطل في الأصح

Maksudnya: “Jika seseorang menjamakkan (dua solat) secara taqdim kemudian dia bermukim di antara dua solat(atau sebelum solat pertama tamat) maka batal solat jamak itu, namun jika dia bermukim ketika solat yang kedua atau selepasnya(solat kedua) maka tidak batal solat jamak itu menurut pendapat yang paling sahih”.

3) Apa yang dimaksudkan oleh Imam Nawawi di atas, contohnya jika seseorang melakukan solat jamak taqdim(zohor dan asar), setelah selesai solat zohor atau sebelum tamat solat zohor maka dia berniat mukim di tempat dia mendirikan solat, maka dia tidak lagi boleh menjamakkan solat asar. Ini kerana dia bukan lagi orang yang bermusafir, oleh itu tiada lagi rukhsah untuk dia menjamakkan solat yang kedua. Namun begitu solat Zohor tetap sah dan perlu diulangi.

4) Berlainan pula jika seseorang melakukan solat jamak taqdim(zohor dan asar), namun ketika melaksanakan solat yang kedua(asar) dia menjadi mukim contohnya dia berniat  mukim di tempat itu ketika mendirikan solat Asar, maka dalam situasi ini, solat jamaknya tidak batal kerana ketika dia menjamakkan solat asar dia masih lagi di dalam keadaan musafir.

5) Berbalik kepada soalan di atas, jika seseorang itu telah menjamakkan zohor dan asar ketika dalam perjalanan pulang sedangkan dia belum tiba di kawasan mukim atau mastautin, maka dia dikira telah melaksanakan solat zohor dan asar dengan sempurna iaitu tidak perlu qada’, meskipun setibanya di rumah waktu kedua(asar) lagi ada. Ini kerana beliau telah menjamakkan kedua-dua solat itu ketika dia masih lagi layak untuk melaksanakan rukhsah tersebut iaitu dia di dalam keadaan bermusafir.

6) Begitu juga situasi seseorang yang telah menjamak solat zohor dan asar, kemudian dia tiba di rumah dan waktu zohor masih ada. Situasi seperti ini juga dia tidak wajib mengulangi solat zohor dan apabila asar sudah masuk, juga tidak wajib mengulangi solat asar. Ini kerana kedua-dua solat itu dilakukan di mana berhak mendapat rukhsah menjamakkan solat kerana musafir. Ini bermakna dia telah menyempurkan kedua-dua solat tersebut dan solat jamaknya sah sepertimana yang dinyatakan oleh Imam Nawawi rahimahullah.

Wallahu A’lam
Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi

Advertisements

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Fiqh. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s