WALI NIKAH ANAK TIDAK SAH TARAF

SOALAN INBOX:

Assalamu’alaikum ustaz,
Ana …………….. dr trgganu.masih dalam mencari ilmu islam.bekas uiam..ana ade soalan nak tanya:
Kalau kembar laki pempuan(bekas anak zina),boleh ke kembar laki tu jadi wali nikah untuk kembar dia perempuan?
Harap bila ustaz brkelapangan,mohon ustaz selesaikan permasalahan ini..🙂

JAWAPAN:

1) Anak yang tidak sah taraf tiada baginya keturunan dari pihak bapa disebabkan anak seperti ini diketogarikan sebagai tiada bapa nasab menurut syarak.

2) Oleh itu anak perempuan yang tidak sah taraf diketogarikan sebagai individu yang tiada wali nasab dalam pernikahan, jadi wali untuknya adalah wali hakim atau wali yang dilantik oleh pemerintah(Sultan). Perkara ini berdasarkan sabda Rasulullah -sallallahu ‘alaihi wa sallam-:

السلطان ولي لمن لا ولي لها

Maksudnya: “Sultan(pemerintah) adalah wali bagi sesiapa yang tiada wali(nikah)”. (Hadith Riwayat Imam Abu Daud)

3) Manakala adik beradik lelaki seibu tidak boleh menjadi wali kepada adik beradik perempuan seibunya. Ini kerana wali hanya sah menurut turutan dari bahagian bapa si perempuan. Oleh kerana anak perempuan yang tiada nasab bapanya. Maka dalam situasi ini beliau wajib berwali hakim apabila ingin bernikah bukan adik beradik lelaki seibu.

Wallahu A’lam
Abu Ruwayyah Ba ‘Alawi

Advertisements

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Fiqh. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s