WANITA DALAM IDDAH BERZINA

SOALAN WHATSAPP:
 
Assalamualaikum nak tanya sikit ea.. Wanita yg dalam eddah, berzina dgn lelaki lain sehingga hamil dan x kluor lagi darah haid, selepas 3bulan hamil wanita tu berkahwin dgn lelaki yg dia berzina tu, adakah sah nikahnya kerana dia xthu bilakah 3kali suci dia kerana sudoh tidak ada haid.. mohon pencerahan…sesiapa arif tentang ni ???
 
JAWAPAN:
 
1) Zina adalah satu perbuatan terkutuk dan merupakan salah satu dari dosa-dosa yang sangat besar. Apatah lagi berzina ketika masih di dalam iddah yang mana seorang wanita tidak dibenarkan untuk dipinang oleh mana-mana lelaki, bernikah dan apatah lagi berzina.
 
2) Perempuan yang berada di dalam iddah tidak sepatutnya mendedahkan dirikan pada dunia luar kecuali untuk keperluan dan hajat seperti mencari rezeki. Inikan pula mengadakan hubungan yang tidak halal ketika iddah adalah jauh berat dosanya.
 
3) Mengikut situasi di atas(jika berlaku), maka pernikahan tidak sah kerana wanita itu masih di dalam keadaan iddah, iaitu sebelum tamat tempoh tiga kali suci dari haid. Ini adalah tempoh had bagi wanita yang diceraikan suami tetapi tidak mengandung.
 
4) Jika wanita dalam iddah berzina dan mengandung, maka iddahnya tidak gugur dengan melahirkan anak tidak sah taraf. Ini kerana wanita yang berzina tiada iddah baginya, iaitu iddah hanya wujud bagi wanita yang mengandung melalui pernikahan yang halal.
 
 
5) Oleh itu, wanita yang dalam iddah mengandung hasil dari zina perlu melalui tempoh iddah yang sah iaitu 3 kali suci(bagi ketogari wanita yang diceraikan dalam tetapi tidak mengandung).
 
 
6) Jadi wanita yang mengandungkan anak tidak sah taraf hendaklah menunggu kelahiran anaknya, kemudian melalui proses penyucian dari 3 kali haid. Selepas itu barulah secara rasminya dia bebas dari tempoh iddah.
 
 
7) Melainkan ketika mengandung(anak tidak sah taraf) dia mengalami haid dan suci 3 kali, maka tamat tempoh iddah. Ini kerana menurut mazhab Syafi’ie darah yang keluar ketika mengandung, jika cukup syarat-syaratnya maka ia dikira sebagai haid.
 
 
Wallahu A’lam
Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi
Advertisements

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Fiqh. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s