HUKUM MENYAMBUNG SOLAT WITIR

SOALAN WHATSAPP

Assalamualaikum ust
Nak tanya soalan sikit
1. Seseorang yang bermusafir , dia jamak taqdim maghrib dan isyak, adakah dia boleh solat teraweh terus dalam waktu maghrib lepas solat isyak.

2. Bolehkah seseorang solat witir lepas isyak, dia tak ganjilkan lagi solat itu seperti baru solat 2 rakaat, lepas bangun tidur dia sambung lagi witirnya dan ganjilkan lepas bangun tu.
Adakah dikira 2 kali witir kalau buat macam ni.

JAWAPAN

1) Untuk soalan pertama jawapannya pernah saya tulis di dalam sebuah artikel, sila rujuk di bawah ini:

https://aburuqayya.wordpress.com/…/solat-taraweh-selepas-s…/

2) Manakala membahagikan witir kepada dua waktu pada satu malam yang sama merupakan khilaf di sisi ulama mazhab syafi’ie. Pada asasnya witir hanya dibenarkan sekali pada satu-satu malam kerana ada larangan dari Rasulullullah –sallallahu ‘alaihi wa sallam- dari melaksanakan witir sebanyak dua kali pada satu malam, sepertimana hadith yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud di dalam sunannya:

لا وتران في ليلة

Maksudnya: “Tidak ada dua witir pada satu malam”

3) Ulama Syafi’iyyah bersepakat bahawa tidak disunatkan berniat melakukan dua witir pada satu malam seperti yang dinyatakan oleh Imam Ramli di dalam Nihayah al-Muhtaj:

(فإن أوتر ثم تهجد أو عكس) أو لم يتهجد أصلا (لم يعده) أي لا تطلب إعادته، فإن أعاده بنية الوتر عامدا عالما حرم عليه ذلك، ولم ينعقد كما أفتى به الوالد – رحمه الله تعالى – لخبر «لا وتران في ليلة» وهو خبر بمعنى النهي.

Maksudnya: “Jika seseorang mengerjakan witir kemudian bertahajjud atau tidak bertahajjud sama sekali, maka dia tidak boleh mengulanginya, iaitu tidak dituntut untuk mengulanginya(solat witir). Jika dia mengulanginya dengan niat witir secara sengaja dan mengetahui(larangan mengulangi witir) maka ia(witir itu) tidak sah sepertimana yang difatwakan oleh ayahanda(Imam Ramli Kabir) –rahimahullah- berdasarkan hadith yang menyatakan, ‘Tiada dua witir pada satu malam’ dan ini adalah hadith yang memberi makna larangan”.

3) Kenyataan di atas merupakan larangan bagi mereka yang berniat untuk melakukan dua witir pada satu malam. Manakala hukum seseorang yang berniat untuk menyambung witir yang dikerjakan pada awal kemudian sambung yang berbaki pada akhir malam merupakan khilaf di kalangan ulama mazhab Syafi’ie, perkara ini dinyatakan di dalam Hasyiah al-Syarwani:

لو صلى واحدة بنية الوتر حصل الوتر ولا يجوز بعدها أن يفعل شيئا بنية الوتر لحصوله وسقوطه فإن فعل عمدا لم تنعقد وإلا انعقدت نفلا مطلقا وكذا لو صلى ثلاثا بنية الوتر وسلم

Maksudnya: “Jika seseorang mengerjakan solat sebanyak satu rakaat dengan niat witir maka dia mendapat pahala witir. Dia tidak boleh melakukan selepas itu sesuatu(rakaat) dengan niat witir kerana dia telah mendapatkan ganjarannya dan gugur ia(witir). Jika dia melakukan secara sengaja maka tidak sah melainkan ia menjadi solat sunat mutlak. Begitu juga jika dia mengerjakan tiga rakaat witir kemudian memberi salam.

Kemudian al-‘Allamah Syarwani menukilkan fatwa Ibn Hajar, kata beliau:

إذا صلى ركعة من الوتر أو ثلاثة مثلا جاز له أن يفعل باقيه أقول والاقرب ما قاله حج اه ضعيف مخالف لما اتفق عليه الشروح الثلاثة.

Maksudnya: “Jika seseorang mengerjakan solat satu rakaat dari witir atau tiga rakaat contohnya, maka harusnya untuknya mengerjakan witir yang berbaki.Menurut pendapatku, apa yang dinyatakan oleh Ibn Hajar adalah pendapat yang lemah bertentangan dengan apa yang disepakati ketiga-tiga syarah(kitab al-Minhaj)”.

4) Berdasarkan kenyataan yang disebutkan oleh Imam Syarwani di atas, hukum seseorang yang telah melakukan solat witir pada awal malam samaada satu atau tiga rakaat, adakah boleh dia berniat untuk menyambung rakaat witir yang berbagi samaada 10 atau 8 rakaat? Maka di sini berlaku khilaf di antara Imam Ramli dan Imam Ibn Hajar. Maka kita sebagai orang awam boleh memilih mana-mana di antara kedua-dua pendapat imam-imam besar dalam mazhab Syafi’ie. Sebagai makluman, guru-guru kami dari Hadramaut memilih pandangan Imam Ibn hajar dalam isu ini.

5) Namun begitu, terdapat satu lagi cara untuk melakukan witir pada akhir malam bagi sesiapa yang telah melakukan solat witir pada awal malam, sepertimana yang dinyatakan oleh Imam Ibn Hajar di dalam Tuhfah al-Muhtaj, iaitu mengerjakan 1 rakaat bagi tujuan menggenapkan solat witir yang dikerjakan pada awal waktu, setelah itu dilakukan witir samaada satu rakaat atau tidak rakaat sebagai solatnya terakhir di penghujung malam. Amalan ini wujud di sisi beberapa orang sahabat antaranya Saidina Uthman, Ali dan Ibn Umar –radiyallahu ‘anhum sepertimana yang diriwayatkan di dalam musnad Imam Ahmad –radiyallahu ‘anhu-.

6) Kesimpulannya, makruh bagi sesiapa yang mengerjakan dua witir pada satu malam, ini adalah sepakat antara ulama-ulama syafi’iyyah. Manakala sesiapa yang bukan berniat untuk mengerjakan dua witir pada satu malam, namun hanya berniat untuk menyambung witirnya yang dilakukan pada awal malam ke penghujung malam, maka berlaku khilaf antara Imam Ramli dan Ibn Hajar –rahimahumallah-. Ia tidak sah di sisi Imam Ramli tetapi rakaat yang bersambung kemudian menjadi sunat mutlak. Namun ia sah sebagai solat witir dan diharuskan oleh Imam Ibn Hajar.

Wallahu A’lam
Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi

Advertisements

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Fiqh. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s