IKUT IMAM TARAWEH TAPI NIAT SOLAT ISYAK

SOALAN INBOX

Assalamualaikum ustaz,
Sy ***********, Mohon pencerah dr ustaz, ada kawan sy solat qada isyak ketika org solat terawih. Ketika imam memberi salam rakaat kedua, dia diam. Bila imam berdiri, baru kita ikut rakaat ketiga dan sampai selesai. Apakah diperbolehkn berbuat begini?Jazakallah atas pencerahan ustaz

JAWAPAN:

1) Menurut mazhab Syafi’ie, orang yang ingin mengerjakan solat fardu boleh menjadi makmum kepada orang yang mengerjakan solat sunat. Sebagai contoh seorang yang belum mengerjakan solat isyak menjadi makmum orang yang sedang bersolat taraweh. Untuk mengetahui hukum lebih lanjut berkaitan dengan mengikut imam yang berlainan niat, jenis dan rakaat solat, sila rujuk artikel saya di bawah ini:

https://aburuqayya.wordpress.com/…/ikut-imam-yang-berlaina…/

2) Syarat sah jemaah bagi sesuatu solat itu, makmum wajib berniat menjadi makmum ketika takbiratul ihram. Fakta ini ada dinyatakan oleh Imam Nawawi di dalam kitab al-Majmu’:

اتفق نص الشافعي والأصحاب على أنه يشترط لصحة الجماعة أن ينوي المأموم الجماعة والاقتداء والائتمام قالوا وتكون هذه النية مقرونة بتكبيرة الإحرام

Maknanya: “Sepakat antara nas(fatwa) al-Syafi’ie dan ashabul wujud(ulama-ulama mazhab Syafi’ie) bahawa disyaratkan sah solat jemaah dengan niat makmum solat berjemaah, mengikut imam dan menjadi makmum, mereka berkata, ‘Niat ini perlu disertakan dengan takbiratul ihram’.”.

3) Berbalik kepada persoalan di atas, solat terawih pada 2 rakaat yang pertama itu sah jemaahnya, namun tidak sah jemaahnya pada taraweh pada 2 rakaat yang seterusnya. Ini kerana pada taraweh yang kedua beliau tidak berniat jemaah atau menjadi makmum ketika takbiratul ihram. Manakala jemaah pada 2 rakaat yang pertama dikira sah disebabkan berniat makmum ketika takbiratul ihram.

4) Jika beliau terus mengikut pergerakan imam dalam tempoh yang panjang pada 2 rakaat taraweh yang seterusnya, maka batal solat Isyaknya kerana 2 rakaat yang seterusnya tidak dikira sah jemaahnya.

Wallahu A’lam
Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi

Advertisements

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Fiqh. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s