CICAK JATUH DALAM PERIUK

SOALAN INBOX:

Assalamualaikum ustaz… apa hukum cicak jatuh dan mati dalam periuk yang ada lauk? lauk tu boleh dimakan ke? harap ustaz boleh jelaskan.

JAWAPAN:

1) Menurut para ulama, bangkai binatang yang jatuh di dalam air yang sedikit iaitu kadarnya kurang dari dua kolah, maka air itu menjadi najis dan tidak boleh dimanfaatkan, walaupun air itu tidak berubah sifat. Ini bagi hukum bangkai binatang yang mempunyai darah yang mengalir (jika dilukakan tubuhnya) ialah najis, seperti burung, kucing dan tikus.

2) Jika bangkai binatang yang mempunyai darah yang mengalir masuk ke dalam air yang berkapasiti dua kolah ke atas, maka air itu tidak menjadi najis selagimana tidak berubah sifat, samaada bau, warna atau rasa.

3) Menurut mazhab Syafi’ie, bangkai binatang yang tiada darah yang mengalir (jika dilukakan tubuhnya) tidak dikira sebagai najis. Jadi jika ia masuk ke dalam air yang sedikit maka air itu tidak bertukar status kepada air yang bernajis. Perkara ini dinyatakan oleh Imam Nawawi di dalam kitab Raudah al-Tolibin:

وأما الميتة التي لا نفس لها سائلة، كالذباب وغيره. فهل تنجس الماء وغيره من المائعات إذا ماتت فيها؟ فيه قولان. الأظهر لا تنجسه.

Maksudnya: “Manakala bangkai yang tiada darah mengalir seperti lalat dan selainnya, adakah ia menajiskan air dan cecair yang lain jika ia mati di dalamnya. Di sini terdapat dua fatwa (Imam Syafi’ie), fatwa yang paling zahir(tepat) adalah ia tidak menajiskan air(atau cecair)”.

4) Dalil yang menyatakan bangkai binatang yang tiada darah mengalir tidak diketogari menajiskan air berdasarkan hadith Rasulullah -sallallahu ‘alaihi wa sallam- yang berbunyi:

«إِذَا وَقَعَ الذُّبَابُ فِي شَرَابِ أَحَدِكُمْ فَلْيَغْمِسْهُ, ثُمَّ لِيَنْزِعْهُ, فَإِنَّ فِي أَحَدِ جَنَاحَيْهِ دَاءً, وَفِي الْآخَرِ شِفَاءً». أَخْرَجَهُ الْبُخَارِيُّ

“Apabila ada lalat jatuh ke dalam minuman seseorang di antara kamu maka benamkanlah lalat itu kemudian keluarkanlah, ini kerana salah satu sayapnya ada penyakit dan pada sayap lainnya ada penawar.” (Riwayat Imam Bukhari)

5) Hadith di atas menunjukkan lalat yang mati di dalam air yang sedikit tidak menajiskan air dan melalui hadith ini, para ulama mengqiaskan lalat dengan seluruh binatang yang tiada darah mengalir. Menurut majoriti ulama termasuk mazhab Syafi’ie cicak tidak diketogarikan sebagai binatang yang berdarah mengalir. Ini dinyatakan oleh Imam Nawawi di dalam kitab al-Majmu’:

وأما الوزغ فقطع الجمهور بأنه لا نفس له سائلة.

Maksudnya: “Manakala cicak, maka majoriti ulama telah menetapkan bahawa ia adalah binantang yang tiada darah mengalir”.

6) Kesimpulan yang boleh dirungkaikan di sini, cicak bukan binatang yang mempunyai darah yang mengalir, jika mati maka ia tidak diketogarikan sebagai bangkai yang menajiskan air yang sedikit tapi haram dimakan. Oleh itu jika cicak jatuh ke dalam periuk yang berlauk lalu mati, maka hukum lauk itu tetap suci dan halal untuk dinikmati, selagimana lauk itu tidak berubah sifat disebabkan cicak itu.

Wallahu A’lam
Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi

Advertisements

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Fiqh. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s