TEMPOH MAGHRIB

SOALAN INBOX:

Assalamualaikum ustaz. saya nak bertanya soalan tentang waktu solat maghrib. Saya bila berbuka dengan ayah saya kat kmpung pasti hanya makan yang ringan aje… kami memang tak sempat menjamah sesuap nasi sebab ayah saya cakap kena solat maghrib cepat2 sebab waktu maghrib sangat pendek. Saya musykil dah lama sebab kat KL saya tengok jemaah kat surau selamba je makan nasi maksudnya mereka lewatkan solat maghrib. Yang saya confius bila habis sebenarnya waktu mghrib? Mohon ustaz bagi penjelasan.

JAWAPAN:

1) Pendapat yang muktamad di dalam mazhab Syafi’ie terutama di sisi mutakhir Syafi’iyyah berakhirnya waktu maghrib apabila masuk waktu Isyak iaitu hilang warna kemerahan di langit. Pendapat ini merupakan fatwa lama Imam Syafi’ie ketika beliau di Baghdad. Manakala fatwa terbaru Imam Syafi’ie (di Mesir) tentang waktu maghrib adalah dengan berlalunya kadar masa untuk berwuduk, menutup aurat, azan, iqamah dan tempoh 5 rakaat(ada riwayat menyebut 7 rakaat).

2) Fakta ini dinyatakan oleh imam Nawawi di dalam karangan beliau “Minhaj al-Tolibin”:

والمغرب بالغروب ويبقى حتى يغيب الشفق الأحمر في القديم وفي الجديد ينقضي بمضي قدر وضوء وستر عورة وأذان وإقامة وخمس ركعات ولو شرع في الوقت ومد حتى غاب الشفق الأحمر جاز على الصحيح. قلت: القديم أظهر.

Maksudnya: “… dan Maghrib (waktunya) dengan terbenam matahari dan kekal waktunya sehingga hilang ufuk kemerahan menurut fatwa lama (Imam Syafi’ie). Manakala fatwa baru, tamat (waktu maghrib) dengan berlalunya kadar (mengambil) wuduk, menutup aurat, azan, iqamah dan lima rakaat. Jika seseorang itu memulakan ia pada waktunya kemudian dipanjangkan sehingga hilang ufuk kemerahan, maka hukumnya harus menurut pendapat yang sahih. Menurut pendapatku: pendapat lama adalah lebih zahir(kuat)”.

3) Berdasarkan fatwa terbaru Imam Syafi’ie bahawa waktu maghrib adalah pendek. Jika diikuti turutan, fatwa yang baru membatalkan fatwa yang lama iaitu waktu maghrib panjang sehingga masuk waktu Isyak. Namun sebahagian Ashabul Wujuh(Ulama mazhab Syafi’ie kurun 4 & 5) dan Imam Nawawi menyokong dan memilih/mentarjih fatwa lama Imam Syafi’ie kerana kekuatan dalil-dalilnya, antaranya Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“وقت المغرب ما لم يغب الشفق” (رواه مسلم)

Maksudnya: “Waktu Maghrib selagimana tidak hilang ufuk (merah)” (Hadith riwayat Imam Muslim)

4) Berdasarkan kekuatan dalil yang menyokong fatwa lama Imam Syafi’ie, maka para ulama mazhab Syafi’ie terutamanya golongan terkemudian(mutakhir) memilih pandangan Imam Nawawi yang mentarjihkan waktu maghrib tamat dengan masuknya waktu Isyak atau hilang ufuk kemerahan di langit.

5) Namun begitu, waktu menyempurnakan solat maghrib disunatkan pada awal waktu iaitu kadar yang dinyatakan pada fatwa baru Imam Syafi’ie yang mana ia dikira sebagai waktu fadilah, iaitu sesiapa yang melakukan antara tempoh itu bermakna dia mendapat fadilat solat di awal waktu. Jika seseorang itu mendirikan solat maghrib selepas tamat tempoh fadilah, maka dia tidak mendapat pahala mengerjakan solat di awal waktu, namun solatnya tetap dikira sah sebagai tunai(bukan qada’) kerana masih dalam waktu Maghrib.

Wallahu A’lam
Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi

Advertisements

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Fiqh. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s