IMAM LUPA QUNUT, JEMAAH SUJUD SAHWI

SOALAN WHATSAPP:

Salaam Ustaz. Tumpang tanya, kalau Imam terlupa baca doa Qunut waktu solat subuh, dan tak buat sujud sahwi, makmum pun tak perlu buat sujud sahwi kan? Kalau ada makmum yg buat selepas imam beri salam, dia buat sujud sahwi sebelum beri salam, sah ke solatnya? Atau dia perlu niat mufaraqah sblm dia buat sujud sahwi?

 

JAWAPAN:

1) Doa qunut merupakan salah satu sunat ab’ad yang mana jika tertinggal atau terlupa maka disunatkan untuk melakukan sujud sahwi menurut mazhab Syafi’ie. Ini kerana qunut Subuh adalah amalan yang dilazimi oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam sehingga Baginda wafat. Sepertimana yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad di dalam musnadnya:

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ : مَا زَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقْنُتُ فِى صَلَاةِ الصُّبْحِ حَتَّى فَارَقَ الدُّنْيَا.

Maksudnya: “Diriwayatkan dari Anas bin Malik: “Rasulullah Saw sering membaca doa Qunut dalam solat Subuh sehingga Baginda wafat”.

2) Hikmah pensyariatan sujud sahwi untuk menampung fadilat sesuatu amalan yang tertinggal, jadi dengan adanya sujud sahwi maka fadilah solat itu tidak berkurangan setelah dilakukan sujud sahwi. Hal ini dijelaskan dalam hadith bahawa Baginda pernah terlupa untuk melakukan tahiyyat awal, lalu digantikan dengan sujud sahwi sebelum salam(Hadith riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

3) Berbalik kepada soalan di atas, makmum disunatkan sujud sahwi jika imam terlupa untuk melakukan salah satu dari sunat-sunat ab’ad lalu tidak sujud sahwi, maka makmum berhak untuk melakukan sujud sahwi walaupun imam tidak melakukannya, tetapi dengan syarat selepas imam memberi salam. Perkara ini dinyatakan di dalam kitab “al-Taqrirat al-Sadidah”:

يجب على المأموم أن يتابع إمامه في سجود السهو، ولا يسجد المأموم السهو نفسه، وإنما يسجد إذا سها إمامه ولم يسجد، فيسجد المأموم هنا لسهو إمامه بعد سلام إمامه

Maksudnya: “Wajib ke atas makmum mengikuti imamnya yang bersujud sahwi dan makmum tidak perlu sujud sahwi atas kealpaan sendiri. Makmum boleh sujud jika imam lupa lalu tidak sujud sahwi, maka makmum sujud selepas salam imam”.

4) Kesimpulannya, makmum disunatkan juga melakukan sujud sahwi meskipun imam tidak melakukannya samaada imam sengaja atau terlupa. Solat makmum sebegini tetap dikira sah dan tidak mengurangkan pahala jemaah kerana jemaah terputus setelah imam memberi salam. Begitu juga makmum tidak perlu berniat mufaraqah untuk melakukan sujud sahwi setelah salam imam.

Wallahu A’lam
Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi

Advertisements

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Fiqh. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s