FIDYAH PUASA TERTUNGGAK

 
SOALAN WHATSAPP:
 
Salam ustaz….saya nak bertanya berkenaan fidyah…..saya dr 2014 belum ganti puasa yg sebulan yg saya tinggal masa mwngandung mabuk teruk…puasa yg masa dtg haid saya dah ganti….menyusu badan sampai 2tahun lebih.anak taknak botol…bdn pun tak berape sehat….nak tanya berape saya kena byr?saya dr 2014 tu tiap tahun byr fidyah….cuma tahun ni mcm ade persilisihan faham dgn mak….mak kate kena byr utk 3 tahun….saya duduk selangor
.
 
JAWAPAN:
 
1) Mengikut kiraan dalam mazhab syafi’ie puasa yang lalu wajib digantikan pada tahun akan datang sebelum datang ramadan yang baru. Sebagai contoh puan tidak berpuasa pada ramadan 2014 maka wajib menggantikan puasa tersebut sebelum kedatangan ramadan 2015.
 
2) Jika puasa yang tertinggal tidak digantikan pada ramadan 2016 maka tetap diwajibkan menggantikan ia pada tahun tetapi perlu ditambah dengan denda sebanyak satu cupak beras(atau dengan harga semasa) untuk satu hari puasa yang ditinggalkan.
 
3) Jika masih tidak diganti sehingga datang ramadan 2017 maka bayaran secupak beras perlu digandakan kepada dua cupak, kerana puasa tersebut ditangguh qada’nya selama dua tahun.
 
4) Kembali pada persoalan, puan meninggalkan puasa 2014 selama sebulan, maka wajib diganti pada sebelum tiba ramadan 2015 tanpa disertakan bayaran fidyah(satu hari secupak beras). Mengikut kiraan Lembaga Zakat Selangor, secupak beras bersamaan dengan RM1.80.
 
5) Apabila puan tidak menggantikan puasa 2014 sehingga tiba ramadan 2016 dan 2017, bermakna puan bukan hanya wajib menggantikan puasa sebulan, tetapi juga wajib membayar fidyah, malah ia berganda sebanyak dua kali iaitu dua tahun. (30 hari x RM1.80 x 2 tahun)
 
6) Memandangkan puan menetap di negeri Selangor, puan boleh membuat pembayaran fidyah di kaunter zakat yang mana zakat selangor mengamalkan satu lagi pendapat di dalam mazhab Syafi’ie yang mana fidyah tidak berganda dengan gandaan tahun. Pendapat yang kedua di dalam mazhab Syafi’ie dinyatakan oleh Imam Nawawi di dalam karangan beliau “Minhaj al-Tolibin”:
 
ومن أخر قضاء رمضان مع إمكانه حتى دخل رمضان آخر لزمه مع القضاء لكل يوم مد والأصح تكرره بتكرر السنين
 
Maksudnya: “Sesiapa yang melewatkan qada’ Ramadan sedangkan dia mampu sehinggalah masuk Ramadan yang lain maka dia hendaklah qada’ puasa bersama secupak(makanan asasi) untuk satu hari. Menurut pendapat yang paling sahih, gandaannya(bayaran fidyah) berdasarkan ulangan tahun-tahun”.
 
7) Jadi menurut kenyataan yang dinyatakan oleh Imam Nawawi, pendapat yang muktamad(الأصح) dalam mazhab Syafi’ie adalah bergandanya bayaran fidyah dengan gandaan tahun yang tertangguh. Namun begitu Imam Nawawi juga menyebut terdapat pendapat kedua di kalangan Ulama Syafi’iyyah(مقابل الأصح) berpendapat fidyah tidak berganda dengan gandaan tahun yang tertangguh.
 
8) Apa pun wanita yang mengandung dan menyusukan anak diharuskan untuk berbuka puasa, namun hukum menggantikan puasa yang ditinggalkan berbeza menurut beberapa situasi, samaada wajib qada’ puasa sahaja atau qada’ beserta fidyah. Untuk jawapan yang lebih lanjut sila baca artikel lama saya dalam pautan di bawah ini:
 
 
Wallahu A’lam
Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi
Advertisements

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Fiqh. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s