PEMBAHAGIAN FARAID 3

SOALAN INBOX:

Assalamualaikum, Ustaz. Persoalan yang mohon dicerahkan: Sekiranya si mati meninggalkan 3 anak lelaki dan 2 anak perempuan tetapi 2 anak lelaki telah meninggal dunia tinggal seorang sahaja anak lelaki. Bagaimana bahagian anak lelaki yang telah meninggal dunia itu.berapa bahagian layak isteri dan anak beliau? Adakah adik beradik perempuan boleh memohon untuk dibahagikan sama rata harta peninggalan si mati dengan alasan adik beradik perempuan menjaga sepenuhnya bapa dan ibu yang sakit lumpuh (semasa ada hayat mereka) tanpa bantuan anak lelaki dan menantu – di mana adik beradik lelaki dan menantu hanya datang membantu bila perlu sahaja ? Terima kasih, Ustaz

JAWAPAN:

1) Dalam masalah pembahagian harta faraid, merujuk kepada persoalan di atas isteri berhak mendapat 1/8 dari harta peninggalan kerana si mati juga meninggal anak sebagai pewaris. Jika si mati tidak meninggal anak, maka si isteri berhak mendapat 1/4 dari harta peninggalan, sepertimana yang dinyatakan di dalam surah al-Nisa’, ayat 12.

2) Anak lelaki dan perempuan si mati dalam situasi termasuk dalam ketogari asabah iaitu yang memberi maksud diserahkan seluruh baki harta yang tertinggal setelah dibahagikan kepada ashabul furud(pewaris yang mendapat bahagian tetap). Menurut al-Quran. Surah al-Nisa’ ayat 11 menyatakan bahawa anak lelaki mendapat dua bahagian manakala anak perempuan mendapat 1 bahagian sahaja.

3) Manakala anak-anak(cucu) kepada anak lelakinya yang telah meninggal dunia tidak berhak mewarisi harta peninggalan si mati kerana si mati meninggalkan anak lelaki yang lain. Ini kerana anak lelaki mempunyai kelebihan atau kuasa menghalang pewaris-pewaris tertentu dari mewarisi harta si mati termasuklah anak saudaranya.

4) Jika si mati tidak meninggalkan anak lelaki tetapi anak lelaki kepada anak lelakinya iaitu cucu lelaki juga mempunyai kelebihan menghalang pewaris-pewaris tertentu antaranya datuk dan nenek saudaranya(adik beradik si mati).

5) Jika si mati tiada meninggalkan anak lelaki tetapi meninggalkan anak perempuan maka anak(lelaki & perempuan) kepada anak lelakinya berhak mewarisi baki harta peninggalan tersebut. Manakala anak-anak(cucu lelaki & perempuan) kepada anak perempuan si mati, tidak berhak mewarisi harta peninggalan.

6) Begitu juga adik beradik si mati samaada lelaki mahupun perempuan terhalang dari mewarisi harta kerana kewujudan anak lelaki si mati. Berlainan pula jika si mati tiada anak lelaki  dan cucu lelaki dari anak lelaki maka adik-adik si mati berhak mendapat baki dari harta peninggalan setelah dibahagikan kepada ashabul furud.

5) Berbalik situasi di atas, menurut pembahagian harta pusaka mengikut peratusan adalah seperti berikut:

  • Isteri = 12.5 peratus
  • 1 anak lelaki = 43.75 peratus
  • 2 anak perempuan = 43.75 peratus(dibahagi 2 untuk setiap seorang)
  • Cucu lelaki/perempuan = terhalang mewarisi harta (mahjub)
  • Adik beradik lelaki = terhalang mewarisi harta (mahjub)
  • Adik beradik perempuan = terhalang dari mewarisi harta (mahjub)

Wallahu A’lam

Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi

Advertisements

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Fiqh. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s