LETAK NAMA AYAH ANGKAT DALAM NAMA ANAK

SOALAN WHATSAPP:
slm nak tanya pandangan islam berkenaan nama utk anak angkat yg digabungkan dgn nama anak cth : syarifah nur iqbal
iqbal tu nama bapa angkat..tp tak diletakkan binti ditgh2 nya.. tujuan si bapa utk elakkan anak angkat tu perasan nama bapanya lain dari penjaganya. mohon pencerahan dari segi hukum dan undang2 pendaftaran.
JAWAPAN:
1) Para ulama bersepakat bahawa haram menisbahkan(bin/binti) anak angkat kepada bapa angkatnya. Perkara ini jelas dinyatakan di dalam surah al-Ahzab, ayat 5:
ادْعُوهُمْ لِآبَائِهِمْ هُوَ أَقْسَطُ عِنْدَ اللَّه
Maksudnya: “Panggilah anak-anak angkat itu dengan ber”bin”kan kepada bapa-bapa mereka sendiri; cara itulah yang lebih adil di sisi Allah”.
2) Jelas penamaan seperti di atas merupakan helah yang mengelirukan orang ramai termasuk si anak yang ditipu oleh ayah angkatnya. Jelas juga wujud unsur penipuan atau membawa kepada penipuan. Penipuan di dalam Islam haram hukumnya di sisi syarak.
3) Pengharaman ini bertepatan dengan satu kaedah fiqh yang menyebut:
ما يقطع بتوصله إلى الحرام فهو حرام
Maksudnya: “Apa sahaja yang pasti atau nyata sampai kepada perkara yang haram maka hukumnya haram”. (الأشباه والنظائر، للإمام تاج الدين السبكي)
4) Penamaan seperti ini bukan hanya menipu si anak, bahkan akan menyeret masyarakat sekeliling ditipu bersama. Contohnya: Si anak menyangka Iqbal itu nama bapa angkatnya, sedangkan itu adalah namanya sendiri. Bila si bapa ditanya oleh anak angkatnya, bapa angkat pasti akan menjawab itu nama ayah bukan namanya. Implikasinya buruk yang akan berlaku apabila anak itu di sekolah(sebagai contoh), cikgu bertanya, “Iqbal ni nama awak ke?” Lalu si anak menjawab, “Bukan, ini nama ayah saya”.
5) Begitulah seterusnya berlaku di mana-mana, malah penipuan akan terus berkesinambungan di tempat-tempat lain. Bahkan semua akan menyangka bahawa si anak angkat itu adalah anak kandung kepada bapa angkatnya akibat kekeliruan yang ditimbulkan.
6) Nama “Sharifah Nur Iqbal” boleh diletak menurut syarak dengan syarat wajib menepati syarat-syarat yang ditentukan:
i. Tiada unsur penipuan, iaitu si bapa wajib berterus terang pada si anak dan orang lain bahawa itu namanya bukan dinisbahkan kepada dia sebagai bapa angkat.
ii. Wajib si anak angkat itu dinisbahkan(bin/binti) kepada bapa kandungnya BUKAN bapa angkat, samaada dari sudut lisan mahupun penulisan begitu juga nama yang ditulis pada buku-buku sekolah anak itu. Jika tanpa disertakan ‘binti’ yang sebenar, ia akan menimbulkan kekeliruan, jika tidak pada si anak tetapi orang di luar sana akan keliru dan terus ditipu.
7) Perihal undang-undang perihal saya kurang maklum, setahu saya Jabatan Pendaftaran Negara(JPN) melaksanakan polisi yang agak ketat terutama yang melibatkan profil individu yang mengelirukan dan penamaan anak angkat. Saya yakin JPN tidak membenarkan penamaan anak angkat dengan cara begini.
Wallahu A’lam
Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi
Advertisements

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Fiqh. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s