HARI MASUK KE DESTINASI DAN HARI KELUAR

SOALAN INBOX:

Kemusykilan saya :

Untuk situasi 1, hari isnin dianggap hari perjalanan pergi. Soalannya.. adakah sama kalau saya sampai pada isnin 8 pagi dengan sampi isnin 11 malam.. apakah justifikasi masa untuk kita tahu hari berikutnya itu adalah hari sudah menetap (hari pertama)

Sbb ap yg saya faham.. bila saya smpai destinasi pada hari isnin 8 pagi.. Maka start 8pagi isnin sehingga 8pagi selasa (genap 24 jam) sudah dikira satu hari.. mksudnya tak boleh nak kata isnin tu hari perjalanan pergi lagi sbb sudah smpai, maksudnya..apabila genap lebih 72 jam baru dianggap lebih 3 hari(sehingga khamis 8pagi)

Dengan erti kata lain.. Kalau saya sampai isnin 8 pagi.. saya kene niat stay di destinasi lebih dari khamis 8 pagi baru dikira lebih 3 hari.

Kalau ikut contoh situasi satu ust tulis… Hari isnin hari perjalanan pergi.. hari selasa baru dikira hari pertama menetap..

Soalannya.. bermula dari pukul berapa hari selasa tu? Dari pukul 12 tghmalam? Jadi.. adakah tidak kire hari isnin 9 pagi onwards tu.. hanya kerana hari yg sama perjalanan pergi walaupun kita sudah sampai?

JAWAPAN:

1) Menurut mazhab Syafi’ie, seseorang itu dikira bermusafir walaupun sudah tiba di destinasi yang ditujui asalkan tidak berniat mukim selama 4 hari dan 4 malam di destinasi itu. Tetapi 4 hari tersebut tidak termasuk hari pergi(masuk) dan hari pulang(keluar). Fakta ini telah dijelaskan oleh Imam al-Nawawi di dalam ‘Minhaj al-Tolibin’:

ولو نوى إقامة أربعة أيام بموضع انقطع سفره بوصوله، ولا يحسب منها يوما دخوله وخروجه على الصحيح

Maksudnya: “Jika seseorang berniat mukim(iqamah) selama 4 hari di destinasi maka terputus (hukum) musafirnya dengan ketibaannya (di destinasi) dan tidak dikira dari tempoh itu hari dia masuk (ke destinasi) dan keluar (dari destinasi) menurut pendapat yang sahih.”

2) Di dalam Hasyiah al-Syubramallisi ada menjelaskan bilakan had tempoh dua hari tersebut:

(قوله: ولا يحسب منها يوما دخوله وخروجه) أي وتحسب الليلة التي تلي يوم الدخول، وكذا اليوم الذي يلي ليلة الدخول

Maksdunya: “Menurut kenyataannya(Imam Nawawi): ‘tidak dikira dari tempoh itu hari dia masuk dan keluar’, dan dikira malam yang mengiringi waktu siang ketika masuk (ke destinasi), begitu juga dikira waktu siang hari yang mengiringi waktu malam ketika masuk”.

3) Secara zahir apa yang dikatakan oleh Sheikh al-‘Allamah Syubramallisi, jika seseorang itu tiba ke destinasi pada waktu siang, maka malam harinya(setelah masuk waktu maghrib) sudah bermulanya tempoh permukiman. Dari sini hari permukiman dikira pada malam hari yang mana siang hari adalah wakti ketibaannya(masuk) ke destinasi.

4) Begitu juga, jika seseorang itu tiba ke destinasi pada waktu malam, maka siang hari keesokkannya(setelah masuk waktu subuh) sudah dikira sebagai tempoh bermulanya hari permukiman. Dari sini hari permukiman dikira pada siang hari yang malam hari sebelumnya adalah waktu ketibaannya(masuk) ke destinasi.

5) Manakala hari keluar dari destinasi pula, jika seseorang itu keluar pada waktu siang, maka waktu malam sebelumnya adalah waktu terakhir dia bermukim. Sebagai contoh seseorang pulang ke rumah pada jam 10 pagi, oleh itu masuknya waktu Subuh menandakan saat tamatnya tempoh dia bermukim. Jika seseorang itu keluar pada waktu malam, maka siang sebelumnya adalah waktu terakhir dia bermukim yang mana masuknya waktu maghrib sebagai tanda penamat tempoh mukimnya.

6) Namun perlu diingat, kiraan had ini hanya untuk membezakan antara hari masuk/keluar dan hari-hari mukim sahaja, bukan lesen untuk seseorang bersolat jamak dan qasar bagi mereka yang sudah berniat mukim. Maknanya, ia sebagai perimeter untuk mengira tempoh dia menduduki sesuatu tempat samaada mencapai tempoh mukim atau tidak. Namun sesiapa yang telah berniat bermukim(menetap selama 4 hari dan 4 malam) maka setibanya di destinasi tidak boleh lagi solat jamak dan qasar, melainkan sesiapa yang hanya berniat menetap di sesuatu destinasi kurang dari 4 hari dan 4 malam.

 

Wallahu A’lam
Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi

Advertisements

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Fiqh. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s