DARAH TERKENA PAKAIAN

SOALAN INBOX:

Salam ustaz… Apa hukum darah pacat atau darah manusia, serangga.. kebiasaanya org hiking biasa la kena pecat n kdg2 calar dan luka di badan.. jd darah itu kena pada baju. Adakah darah itu najis dan menyebabkan solatnya tak sah. Sbb penah terbaca ada sahabat solat dgn baju yg berdarah..

JAWAPAN:

1) Sepakat empat mazhab,Hanafi, Maliki, Syafi’ie dan Hanbali bahawa darah makhluk hidup termasuk manusia adalah najis. Kenajisan darah berdalilkan dari hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim:

Asma binti Abu Bakar Radiyallahu ‘anha meriwayatkan bahawa Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda tentang darah haid yang mengenai pakaian: “Kamu kikis dan gosok dengan air lalu siramlah, kemudian kamu boleh solat dengan pakaian itu.”

2) Ini bermakna darah jika terkena pada pakaian atau tempat solat maka solat itu tidak sah kerana dikira sebagai menanggung najis.

3) Namun darah yang amat sedikit yang terkena pada pakaian samaada darah manusia atau binatang(seperti setitik dua) maka ia dimaafkan iaitu sah jika dibawa solat. Fakta ini dijelaskan oleh Sheikh Nawawi al-Bantani -rahimahullah- di dalam kitab Nihayah al-Zein:

قسم يعفى عنه في الثوب دون الماء وهو قليل الدم لسهولة صون الماء عنه بخلاف الثوب

Maksudnya: “Bahagian (najis) yang dimaafkan pada pakaian tetapi tidak dimaafkan pada air iaitu darah yang sedikit, ini kerana mudah untuk mengelakkan air dari terkena darah, berlainan pada pakaian(yang sukar untuk dielakkan dari terkena darah)”.

4) Terdapat satu lagi ketogari darah yang dimaafkan, iaitu darah diri sendiri yang keluar akibat luka dan seumpamanya walau banyak sekalipun, asalkan tidak berpindah ke tempat lain. Ketogari ini dimaafkan menurut ulama Syafi’iyyah sepertimana yang disebut di dalam kitab Fiqh Manhaji:

دم وقيح الجروح ولو كان كثيراً، شريطة أن يكون من الإنسان نفسه، وأن لا يكون بفعله وتعمده، وأن لا يجاوز محله المعتاد وصوله إليه.

Maksudnya: “Darah luka atau nanah walaupun banyak dengan syarat ia terhasil pada diri sendiri, bukan dari perbuataannya dan berlaku secara tidak sengaja, serta tidak melampaui ke tempat lain”

5) Berdasarkan fakta ini jika seseorang yang luka lalu membalut anggotanya yang luka dan dapat dilihat dengan jelas darah membasahi balutan itu, namun ia tidak memudaratkan solatnya iaitu tidak membatalkan solat dalam situasi ini kerana ia termasuk perkara yang dimaafkan atas sebab kesukaran untuk dielak. Fakta ini ada disebut di dalam kitab I’anah al-Tolibin:

الدماميل والقروح والبثرات، ومواضع الفصد والحجامة، بعد سده بنحو قطنة فيعفى عن كثيره كما يعفى عن قليله، وإن انتشر للحجامة، ما لم يكن بفعله ولم يجاوز محله، وإلا عفي عن قليله.

Maksudnya: “Bisul, luka, jerawat, tempat bedah dan bekam selepas ditampal dengan kapas umpamanya maka dimaafkan pada kadar darah yang banyak sepertimana dimaafkan pada kadar yang sedikit, meskipun tersebar sebab berbekam selagimana bukan hasil perbuatannya sendiri dan tidak melampaui ke tempat lain. Melainkan dimaafkan pada kadar yang sedikit”

6) Begitu juga seseorang yang digigit pacat menyebabkan bahagian gigitan itu luka dan mengeluarkan darah lalu terkena pada pakaian tanpa disengajakan. Jika sedikit maka ia dimaafkan iaitu boleh dibawa solat. Jika setelah dibalut darah tetap keluar dengan banyaknya ia dimaafkan dan tidak memudaratkan solat.

7) Namun jika kesan luka pacat itu tidak disapu hingga hilang kesan darah atau tidak ditampal dengan plaster lalu terkena pakaian, maka pakaian itu dikira bernajis jika pakaian itu terkena darah yang banyak. Namun dimaafkan pada kadar darah yang sedikit yang terkena pada pakaian.

Wallahu A’lam
Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi

Advertisements

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Fiqh. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s