MANDI WILADAH

Screen Shot 2017-09-28 at 6.43.34 PM

 

1) Maksud mandi wiladah adalah mandi wajib pada seorang wanita yang disebabkan bayi yang dilahirkan dari perutnya. Seorang wanita diwajibkan mandi apabila melahirkan anak samaada dalam keadaan basah ataupun tidak. Ini kerana menurut ulama Syafi’iyyah bayi itu diibaratkan sebagai air mani yang beku(مني منعقد) kerana ia adalah asal kejadian manusia yang dilahirkan.

 

2) Namun mandi wiladah hanya wajib dilaksanakan jika kelahiran bayi itu tidak diiringi dengan darah selepas keluar dari perut ibunya(situasi ini amat jarang berlaku). Jika keluar darah sejurus selepas kelahiran maka ia dalam ketogari darah nifas, maka wanita yang melahirkan itu hanya wajib mandi nifas apabila sudah suci dari darah tersebut.

3) Untuk menyokong kenyataan di atas, saya lampirkan fakta yang dipetik dari kitab Sabil al-Muhtadin(Kitab fiqh Jawi lama) yang dikarang oleh al-‘Allamah Sheikh Muhammad Arsyad al-Banjari -rahimahullah-:

 

“Bermula wiladah itu tidak mewajibkan mandi melainkan serta hendak mengerjakan umpama sembahyang sebab masuk waktunya. Maka bila seorang perempuan beranak lalu masuk waktu sembahyang dan TIDAK KELUAR DARAH NIFASNYA wajiblah atasnya mandi wiladah untuk mengerjakan sembahyang. Bersalahan jika tidak masuk sembahyang atau KELUAR DARAH NIFAS MENGIRINGI WILADAH maka TIDAK WAJIB ATASNYA MANDI”. (باب الغسل، سبيل المهتدين)

Wallahu A’lam
Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi

Advertisements

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Fiqh. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s