SUJUD SYUKUR

Hukum sujud syukur di sisi 4 mazhab:

1) Hukumnya sunat dilakukan di sisi mazhab Syafi’ie, Hanbali dan sebahagian ulama Malikiyyah apabila datang perkara yang menggembirakan (Rujuk: Mausu’ah Kuwaitiyyah). Ini berdasarkan sepotong hadith yang diriwayatkan oleh Sayyidina Abu Bakrah -Radiyallahu ‘anhu-:

“Sesungguhnya Rasulullah -sallahu ‘alaihi wa sallam- apabila mendapat sesuatu yang menyenangkan atau diberi khabar gembira segeralah baginda sujud sebagai tanda syukur kepada Allah ta’ala”. (HR Imam Abu Daud dan Tirmidhi)

2) Manakala di sisi mazhab Hanafi dan Maliki hukum sujud syukur adalah makruh sepertimana yang dinaskan oleh Imam Malik, malah zahir pada mazhab Maliki adalah haram. Kitab Fatawa Hindiyyah(Rujukan Mazhab Hanafi) menukilkan fatwa Imam Abu Hanifah bahawa sesiapa yang melakukan sujud syukur tidak mendapat pahala. (Rujuk: Mausu’ah Kuwaitiyyah)

3) Menurut pendapat yang mendokong sunat sujud syukur disyaratkan taharah iaitu suci dari hadas kecil dan besar dan menghadap kiblat, malah ini sepakat di sisi Ashab Syafi’iyyah (Rujuk: Al-Majmu’, Imam Nawawi). Ia juga disepakati oleh ulama mazhab Hanbali (Rujuk: al-Mughni, Imam Ibnu Qudamah) kecuali Ibnu Taimiyyah yang tidak mensyaratkan wuduk. Malah sebahagian ulama Malikiyyah yang berpendapat sunat juga mensyaratkan wuduk dan menghadap kiblat untuk sujud syukur (Rujuk: Mausu’ah Kuwaitiyyah).

4) Namun ada segelintir ulama Malikiyyah yang berpendapat sunatnya sujud syukur tidak disyaratkan wuduk (Rujuk: Mausu’ah Kuwaitiyyah). Bagi saya, pandangan ini dikira sebagai pendapat yang terpencil di dalam mazhab Maliki.

5) Dalam urusan ibadah hendaklah kita mengambil jalan yang lebih warak. Dalam erti kata yang lain, keluar dari masalah khilaf adalah sunat dengan memilih pendapat yang lebih selamat pendapat mazhab Syafi’ie dan yang sepandangan dengannya.

6) Syukur tidak semestinya dizahirkan dengan sujud syukur sahaja. Ia boleh dinyatakan dengan banyak lagi saranan ibadah seperti melafazkan zikir dan memuji Allah. Jika berkesempatan untuk berwuduk untuk melaksanakan sujud syukur adalah lebih baik kerana mengamalkan sunnah. Jika tidak, ada pelbagai cara lain untuk menzahir rasa syukur pada Allah atas nikmat yang diberikan.

7) Satu lagi amalan yang ramai orang kita lakukan iaitu sujud syukur selepas solat fardu. Maka hukumnya haram di sisi mazhab Syafi’ie seperti yang dinyatakan oleh Imam Ibn Hajar dalam “Al-Manhaj Al-Qawim” kerana ia sujud yang tanpa sebab yang disyariatkan dan ia tidak pernah dicontohi oleh Baginda -sallallahu ‘alaihi wa sallam.

Wallahu A’lam
Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi

Advertisements

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Fiqh. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s